• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anggota UMNO Perlu Terus Hormati Pucuk Pimpinan

oleh Ahmad Albab
25/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Anggota UMNO perlu terus memberi sokongan dan menghormati pucuk pimpinan sekiranya mahu parti terus utuh, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO berkata mereka juga tidak seharusnya memberi pandangan berbeza terhadap kepimpinan sehingga boleh menjejaskan parti.

“Kita harus berikan dokongan terhadap kepimpinan yang ada sekarang ini,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Hari Pengguna Kebangsaan 2015 di Dataran Merdeka di sini, hari ini.

Ahmad Zahid diminta mengulas kenyataan Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu forum di Johor Baharu semalam, berhubung perubahan kepimpinan peringkat parti dan negara suatu ketika dahulu.

Muhyiddin antara lain dilaporkan berkata beliau pernah menolak saranan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai perdana menteri susulan kekalahan Barisan Nasional pada pilihan raya umum 2008.

Sambil berkata beliau menghormati pendapat dan perasaan Muhyiddin, namun Ahmad Zahid berkata adalah lebih baik bekas timbalan perdana menteri itu “berhenti bernostalgia dan menerima realiti.”

Ditanya mengenai desakan sekumpulan anggota UMNO Bahagian Telok Kemang, yang mendakwa mewakili 13 cawangan parti itu, supaya presiden parti meletakkan jawatan, beliau berkata UMNO belum menerima memorandum mengenai perkara itu.

“Jika kita terima memorandum itu, kita akan teliti,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]jXKp0x_qB90[/wpdevart_youtube]

Tags: Zahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

18/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP) diterima kembali sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional (BN). Perkara itu diumumkan Pengerusi BN,...

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggariskan tiga realiti utama perlu dihadapi UMNO berdasarkan hakikat dan cabaran dihadapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd