• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anggota Parlimen Subang Didakwa Menghasut

oleh Ahmad Albab
21/10/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Anggota Parlimen Subang R. Sivarasa didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mengeluarkan kata-kata menghasut pada perhimpunan #KitaLawan di perkarangan Kuala Lumpur City Centre (KLCC), di sini Mac lepas.

Sivarasa mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu selepas dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Azman Mustapha.

Tertuduh didakwa menyebut beberapa perkataan menghasut dengan mengkritik badan kehakiman dalam kes membabitkan bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di perkarangan KLCC, pada pukul 5.20 petang, 7 Mac lepas.

Pertuduhan ke atasnya dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Masri Daud menawarkan jaminan RM2,000 dan menetapkan syarat tambahan iaitu tertuduh perlu menyerahkan passport kepada mahkamah.

Bagaimanapun peguam M.Puravalen yang mewakili Sivarasa membantah permohonan itu dengan alasan bahawa tiada kemungkinan untuk tertuduh melarikan diri kerana anak guamnya merupakan individu yang dikenali termasuk merupakan anggota Parlimen.

Mohd Masri kemudian mencadangkan mahkamah menetapkan seorang penjamin untuk menjamin tertuduh sekiranya tertuduh tidak perlu menyerahkan passport kepada mahkamah.

“Saya percaya tidak ada sebab untuk YB (Sivarasa) lari ke mana-mana, tapi kalau YB tak dapat datang (ke mahkamah), ada sebab tertentu untuk orang lain menjawab, orang terdekat dengan YB boleh menjawab,” hujahnya.

Hakim Azman kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin daripada anggota keluarga terdekat dan menetapkan 19 Nov untuk sebutan semula kes.

Sivarasa merupakan individu kesembilan yang didakwa berhubung perhimpunan #KitaLawan.

Pada 8 Sept lalu, Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah dan tujuh lagi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas pertuduhan menyertai protes jalanan #KitaLawan pada 28 Mac lepas.

Sivarasa sepatutnya telah didakwa sebelum ini iaitu pada 8 Sept bersama Maria Chin dan tujuh yang lain namun beliau telah mendapat cuti sakit selama enam minggu kerana menjalani satu pembedahan. – BERNAMA

Tags: kes mahkamahR.Sivarasa
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JIPS Siasat Tindakan Juruiring Tahan Kenderaan Berat Secara Tiba-tiba

Penggangur Didakwa Tipu RM8,000 Konon Boleh Bantu Selesai Kes Mahkamah

26/02/2024
0

Butterworth: Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan memperdaya seorang lelaki menyerahkan RM8,000 bagi...

Kes Mahkamah: UMNO Tak Pernah Minta Campur Tangan PM

Kes Mahkamah: UMNO Tak Pernah Minta Campur Tangan PM

23/08/2022
0

IPOH - UMNO tidak pernah mendesak sebarang campur tangan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung kes mahkamah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd