• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bomba Guna Kebolehan Cakap Mandarin Pujuk Mangsa

oleh Ahmad Albab
10/10/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kebolehan bertutur Bahasa Mandarin menjadi satu kelebihan buat seorang anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Pudu apabila dapat menyelamatkan seorang lelaki daripada melakukan tindakan yang boleh mengancam nyawa.

Mohd, Fariszuan Jumaat, 22, tidak menyangka sama sekali kelebihan itu dapat digunakannya dalam satu kejadian pada 8 September lepas apabila ditugaskan berkomunikasi dengan mangsa yang cuba terjun dari koridor tingkat 15 sebuah perumahan awam di sini sambil memujuk secara psikologi dan melayan mangsa berbual.

“Kita juga menyerahkan air dan rokok kepada mangsa dalam usaha untuk menenangkan keadaan sebelum berjaya menyelamatkan mangsa,” katanya kepada Bernama ketika menceritakan kembali detik cemas yang dilaluinya dan anggota lain yang terlibat dalam operasi menyelamat lelaki berkenaan.

Beliau dan rakan setugasnya, Al-Hakim Ismail, 23, ditemui selepas menerima anugerah penghargaan daripada Presiden Malaysian Fire Protection Association (MFPA), Teh Khay Leong, di sini.

Dalam kejadian 4 petang 8 September itu, sepasukan anggota bomba serta dua jentera dari Balai Bomba Pudu dan Hang Tuah digegaskan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan orang awam mengenai tindakan lelaki terbabit yang ketika itu berdiri di koridor tingkat 15, Perumahan Awam Seri Sarawak di sini.

Mangsa akhirnya diselamatkan pada pukul 5.20 petang.

Video kejayaan pihak bomba menyelamatkan mangsa berkenaan telah tersebar dan menjadi viral di laman sosial Facebook dan WhatsApp.

Mohd. Fariszuan berkata, kemahiran bertutur bahasa itu diperoleh sewaktu bersekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Chung Hwa di Tawau, Sabah.

Menurut anak sulung daripada tiga beradik itu, bukan sekadar adik beradiknya sahaja pernah belajar di sekolah aliran Cina, malah kebanyakan saudara maranya juga pernah mendapat pendidikan yang sama.

Ketika ditanya bagaimana dalam ruang sempit ketika itu, beliau boleh menyelamatkan mangsa, Mohd. Fariszuan berkata beliau hanya mempraktikkan sepenuhnya latihan yang dipelajari sebagai anggota bomba sejak berkhidmat tiga tahun lepas.

“Apabila menghadapi sesuatu keadaan tegang, harus berfikir secara tenang, profesional dan jangan kelam kabut, kerana kita bekerja sebagai satu pasukan,” katanya.

Sementara itu, bagi Al-Hakim, yang berasal dari Kuala Krai, Kelantan pula berkata kes itu merupakan pengalaman pertama bagi dirinya menangani situasi seperti itu sejak bertugas tiga tahun lalu di Balai Bomba Pudu.

Anak ke-10 daripada 11 beradik itu berkata insiden tempoh hari merupakan kes amat rumit baginya kerana disebabkan faktor keadaan dan bentuk bangunan itu, pihak bomba tidak boleh memasang “air bag” dan jaring di bahagian bawah.

Turut hadir dalam majlis berkenaan, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Wan Mohd. Nor Ibrahim serta Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khirudin Drahman. – BERNAMA

https://youtu.be/pFX7KJB0LRI

Tags: Bomba
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

05/05/2026
0

PETALING JAYA – Tindakan pantas anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berjaya menyelamatkan seorang wanita yang mengalami insiden jari tersepit...

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

31/01/2026
0

ALOR GAJAH: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka membantu menghantar seorang lelaki obes seberat 350 kilogram ke Hospital Alor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd