Sunday, December 8, 2024

Creating liberating content

Malaysia Tidak Buka Kedutaan...

KUALA LUMPUR - Pendirian Malaysia dalam memperjuang nasib rakyat Palestin adalah konsisten dan...

Iklan Ambi Pur Sempena...

ALAHAI, seakan tidak percaya melihat iklan yang dipersembahkan oleh jenama penyegar udara nombor satu...

Iran Musuh Rasulullah: Mufti...

JEDDAH - Mufti Besar Arab Saudi, Sheikh Abdul Aziz Al-Sheikh menyelar Iran kerana apa...

ZTE Nubia Z9, Peranti...

PENGELUAR peranti mudah alih terkenal dari China, ZTE sedia menawarkan sejumlah peranti mereka...

Anak Panda Dijangka Dapat Dilawat Dua Tiga Minggu Lagi

KUALA LUMPUR – Anak panda betina kepada pasangan panda gergasi dari China, Xing Xing dan Liang Liang dijangka dapat dilawat oleh orang ramai dalam tempoh dua hingga tiga minggu lagi.

Timbalan Presiden Zoo Negara, Rosli Ahmat Lana berkata pihak zoo sedang membuat persediaan termasuk menyesuaikan anak panda itu dengan keadaan yang bakal dilaluinya kelak apabila dilawat oleh orang ramai.

Liang Liang (ibu panda) pada masa ini sudah mampu untuk melepaskan anaknya selama satu jam sehari di bilik pengasingan.

“Zoo Negara akan menambah tempoh masa pengasingan kepada minimum dua jam sehari, sebagai persediaan untuk tatapan umum,” katanya kepada Bernama.

Katanya lagi, anak panda tersebut kini genap berusia dua bulan dan berada dalam keadaan sihat dengan penambahan berat badan yang menghampiri 5 kilogram.

“Dia (anak panda) juga sudah boleh berlari dalam kandang. Berat pun bertambah menghampiri 5 kilogram, tompok di badan pun sudah penuh,” katanya lagi.


Dalam perkembangan lain, Rosli berkata Liang Liang dan Xing Xing juga berada dalam keadaan sihat serta sudah mampu menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling.

Anak panda betina itu dilahirkan pada 18 Ogos lepas di Pusat Konservasi Panda Gergasi (GPCC) di zoo tersebut.

Ia akan dihantar pulang ke negara asal selepas dua tahun berada di sini, manakala ibu dan ayahnya akan terus menetap di sini selama 10 tahun mengikut perjanjian rasmi antara kerajaan Malaysia dan China.

Xing Xing dan Liang Liang yang dipinjamkan oleh Beijing, tiba di negara ini pada 21 Mei tahun lepas sebagai simbol jalinan hubungan diplomatik 40 tahun antara Kuala Lumpur dan Beijing. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]ZbYkl9a2Gms[/wpdevart_youtube]

  • Lagi berita berkaitan:
  • panda

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori