• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penduduk Amal Senaman Merangkak Untuk Kesihatan

oleh Ahmad Albab
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

ZHENGZHOU (China) – Sekumpulan penduduk di bandar ini mengamalkan satu senaman pelik dengan merangkak di sekitar taman sebagai cara untuk menyihatkan tubuh badan mereka sendiri.

Senaman tersebut sudah lama diamalkan sekumpulan penduduk di bandar ini malah mendakwa ia mampu untuk menyembuhkan sakit tengkuk dan belakang yang dialami oleh mereka selama ini.

Menurut media tempatan, kumpulan berkenaan turut disertai oleh pelbagai golongan dari peringkat kanak-kanak sehinggalah golongan warga emas.

Mereka bermula dengan membongkokkan badan sebelum berjalan menggunakan kaki dan tangan mereka secara serentak.

Seorang penduduk yang dikenali sebagai Wang berkata, senaman itu membantu menyembuhkan masalah sakit tulang belakang yang dialaminya.

“Merangkak setiap hari bukan sahaja menenangkan fikiran, tetapi turut menyembuhkan sakit tulang belakang saya,” katanya.

Seorang lagi penduduk yang dikenali sebagai Sun memberitahu, senaman itu membantunya mengurangkan penyakit darah tinggi yang dihadapinya.

“Kami ada seorang guru yang mengajar kami senaman merangkak ini sejak enam tahun lalu.

“Guru kami ini berusia lebih 90 tahun dan dia masih sihat dan cergas,” katanya. – Agensi

Tags: senaman
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Yoga Bukan Sekadar Senaman, Umat Islam Perlu Waspada Unsur Keagamaan – Jakim

Yoga Bukan Sekadar Senaman, Umat Islam Perlu Waspada Unsur Keagamaan – Jakim

05/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Umat Islam dinasihatkan supaya tidak melihat Yoga semata-mata sebagai aktiviti fizikal kerana amalan berkenaan mempunyai latar belakang...

Senaman Yoga Gabung Unsur Keagamaan, Pemujaan Adalah Haram – JAWI

Senaman Yoga Gabung Unsur Keagamaan, Pemujaan Adalah Haram – JAWI

05/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Senaman Yoga yang menggabungkan amalan fizikal dengan unsur keagamaan dan pemujaan bagi tujuan tertentu adalah haram menurut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd