• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Al-Jufferi, Nur Ayuni Dinobat Olahragawan, Olahragawati Pahang

oleh Ahmad Albab
29/10/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Atlet pencak silat, Mohd Al-Jufferi Jamari dan atlet menembak, Nur Ayuni Farhana Abd Halim masing-masing dinobat Olahragawan dan Olahragawati Pahang.

Anugerah disampaikan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah pada Majlis Anugerah Sukan Pahang 2013/2014 di Dewan Jubli Perak Sultan Ahamd Shah di sini malam tadi.

Turut berangkat Sultanah Pahang, Sultanah Kalsom; Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Al-Jufferi mengenepikan enam calon lain.

Beliau antara lain memenangi pingat emas dalam Kejuaraan Silat Terbuka Belgium, Kejuaraan Silat Terbuka Uzbekistan 2014 dan Kejuaraan Silat Terbuka Belanda 2014.

Nur Ayuni Farhana pula pernah memenangi satu pingat emas dan dua perak pada kejohanan Selangor Open Shooting Championships 2013.

Anugerah lain ialah kepada atlet angkat berat Mohammad Azril Huzairi Ramli (Olahragawan Harapan) dan atlet gimrama Koi Sei Yan (Olahragawati Harapan).

Anugerah Majlis Sukan Daerah (Majlis Sukan Daerah Rompin), Persatuan Sukan Terbaik (Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang).

Pasukan Wanita Terbaik (Pasukan Rifle Wanita Negeri Pahang); Pasukan Lelaki Terbaik (Pasukan Bola Sepak Pahang); Paralimpik Lelaki (atlet angkat berat, Mohd Shamil Md Saad); Jurulatih Terbaik (Jurulatih Pahang FA, Zainal Abidin Hassan); Penggerak Sukan (Osman Nok – Pencak Silat); Kepimpinan Sukan (Datuk Zulkefli Yaacob – Olahraga).

Anugerah Khas Media (Wartawan NST – T. Alagesh). – BERNAMA

Tags: atletOlahragawanOlahragawatiPahang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

ATM Junjung Titah Tengku Mahkota Pahang, Perkukuh Penyelarasan Latihan Ketenteraan

ATM Junjung Titah Tengku Mahkota Pahang, Perkukuh Penyelarasan Latihan Ketenteraan

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjunjung kasih atas keprihatinan serta titah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam...

Tengku Mahkota Pahang Titah ATM Dapatkan Perkenan Sultan Sebelum Latihan Ketenteraan Di Pahang

Tengku Mahkota Pahang Titah ATM Dapatkan Perkenan Sultan Sebelum Latihan Ketenteraan Di Pahang

24/05/2026
0

KUANTAN - Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan kebimbangan terhadap aktiviti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd