• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahli Parlimen Perlu Dukung Prinsip Tanggungjawab

oleh Ahmad Albab
20/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said mahu semua anggota Parlimen mendukung prinsip kebertanggungjawaban khususnya semasa mengemukakan mana-mana usul persendirian semasa persidangan Dewan Rakyat berlangsung.

Beliau berkata ini bagi memastikan Usul Persendirian yang dikemukakan tidak berlandas spekulasi semata-mata serta tidak melanggar mana-mana Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat.

“Adalah menjadi tanggungjawab dan hak setiap anggota Parlimen yang telah dilantik dan dipilih rakyat untuk bersuara namun tidak boleh melanggar sebarang peraturan yang telah ditetapkan.

“Perlu diingat juga, setiap usul yang dibawa anggota Parlimen sama ada akan dibahaskan atau tidak adalah terpulang kepada Yang Dipertua Dewan,” katanya ketika ditemui pemberita di pejabatnya di bangunan Parlimen di sini hari ini.

Persidangan kali ini merupakan yang pertama bagi Azalina yang kembali ke Parlimen sebagai menteri susulan rombalan Kabinet Julai lepas, menggantikan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim dan bertanggungjawab menjaga hal ehwal Parlimen.

Azalina turut berharap pembentangan usul yang berkaitan isu-isu kontroversi tidak dipolitikkan mana-mana pihak terutamanya pihak-pihak berkepentingan yang berniat untuk mengelirukan rakyat.

Mengenai transformasi Parlimen seperti yang dicadangkan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia, Azalina berkata perkara itu menjadi antara agenda di bawah pemantauan beliau.

“Jawatankuasa Transformasi Parlimen ini diterajui Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan adalah menjadi tanggungjawab saya untuk membentang segala maklumat dan laporan daripada jawatankuasa ini ke Kabinet,” katanya yang juga anggota Parlimen Pengerang.

Ditanya mengenai pelantikan anggota Parlimen Rompin Datuk Hasan Arifin yang dipilih sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang baharu, Azalina berkata Hasan mempunyai kredibiliti serta kriteria untuk membawa kebenaran kepada rakyat.

Pemilihan Hasan sah selepas majoriti anggota Dewan Rakyat bersetuju dengan usul Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memilihnya bagi menggantikan Datuk Nur Jazlan Mohamed yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri. – BERNAMA

 

[wpdevart_youtube]i8HMpR8oen4[/wpdevart_youtube]

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tren Tergelincir di Stesen Chan Sow Lin, Semua Penumpang Selamat

Tren Tergelincir di Stesen Chan Sow Lin, Semua Penumpang Selamat

28/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Rapid KL mengesahkan sebuah tren tergelincir ketika melalui kawasan suis landasan di Stesen Chan Sow Lin pagi...

Jumlah Like Di Facebook, Tiktok Tak Memihak Kepada Kerajaan Bukan Penentu PRU-16

Jumlah Like Di Facebook, Tiktok Tak Memihak Kepada Kerajaan Bukan Penentu PRU-16

28/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Jumlah 'like' di Facebook dan Tiktok tak memihak kepada kerajaan bukan penentu mutlak Kerajaan Madani akan tumbang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd