• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agensi Kena Ada Lesen Khas Tawar Pakej Umrah Mulai 2016

oleh
07/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (KPK) bakal mewajibkan agensi pelancongan untuk mendapatkan lesen khas bagi menawarkan pakej umrah berkuat kuasa mulai 3 Oktober tahun depan.

Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan) KPK, Datuk Rashidi Hasbullah ketika mengumumkan perkara itu berkata syarikat yang tiada lesen khas berkenaan akan dibatalkan hak mereka untuk menawarkan pakej umrah.

“Sehingga kini kira-kira 500 syarikat atau agensi pelancongan yang dikenal pasti menawarkan pakej umrah tanpa lesen khas sehingga menyebabkan timbul pelbagai masalah termasuk bagi urusan mendapatkan visa umrah.

“Setakat ini hanya 61 syarikat atau agensi pelancongan tempatan yang memiliki lesen khas berkenaan dan mereka berupaya mendapatkan visa secara terus daripada kedutaan Arab Saudi,” katanya kepada pemberita pada Selasa.

Beliau berkata syarat mewajibkan pemilikan lesen khas itu merupakan inisiatif Majlis Kawal Selia Umrah (MKSU) ditubuhkan pada 28 Ogos tahun lepas bertujuan menyelaras dan memantau urusan pengendalian pakej umrah.

Baca: Harga Minimum Pakej Umrah RM4,900

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang bertindak selaku Pengerusi MKSU berkata, harga minimum pakej umrah ialah RM4,900 meliputi pakej standard selama 12 hari 10 malam.

Di bawah Akta Industri Pelancongan 1992, MKSU membolehkan Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (Jawhar) membantu pemantauan serta penguatkuasaan terhadap iklan pakej umrah di surau dan masjid seluruh negara.

Mengenai penipuan pakej umrah, Rashidi berkata KPK merekodkan kira-kira 56 kes penipuan pakej umrah oleh syarikat yang berlesen dengan jumlah kompaun meliputi sebanyak RM222,000 dari 2012 hingga Ogos lalu.

Manakala pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan pula ujar Rashidi, berjaya merekodkan 2,761 kes serupa dengan tuntutan melebihi RM15.7 juta dalam tempoh yang sama.

Katanya, bagi agensi pelancongan tidak berlesen, sebanyak 134 kes telah dirujuk kepada pihak polis dengan nilai kompaun berjumlah RM4.8 juta dalam tempoh 2012 hingga September tahun lepas. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Arab SaudiLesenumrah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Keadilan Mesti Ditegakkan, Anthony Loke, Do Something!’

‘Keadilan Mesti Ditegakkan, Anthony Loke, Do Something!’

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - “Cukuplah!” Itu luahan tegas Ahli Parlimen Jerantut, Ir Ts Khairil Nizam Khirudin berhubung kemalangan maut membabitkan pemandu...

Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Prasyarat Baharu Visa Haji 2026

Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Prasyarat Baharu Visa Haji 2026

15/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan Arab Saudi menetapkan bayaran dam sebagai prasyarat baharu bagi proses pengeluaran visa haji kepada jemaah yang melaksanakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd