• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Adenan Minta Peluang Pimpin Sarawak Untuk 5 Tahun Lagi

oleh Ahmad Albab
17/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem sekali lagi merayu kepada pengundi Sarawak untuk memberikan beliau lima tahun lagi untuk memimpin negeri itu.

“Saya kini berusia 71 tahun dan pada tempoh lima tahun akan datang saya akan berusia 76 tahun…cukuplah dan saya akan bersara kerana saya tidak perlu menjadi ketua menteri untuk terlalu lama,” katanya.

Adenan berkata beliau memerlukan lima tahun lagi bagi membolehkan beliau “melakukan lebih banyak perkara untuk Sarawak”.

Beliau membuat permintaan itu pada Majlis Malam Anugerah Usahawan Bumiputera Sarawak di sini, malam tadi.

Dalam tempoh kurang dua tahun menjadi ketua menteri, katanya beliau telah melaksanakan 43 keputusan dasar yang penting bagi memanfaatkan rakyat termasuk menurunkan kadar tarif elektrik untuk pengguna domestik, komersial dan industri.

Beliau turut memansuhkan bayaran tol di dua jambatan di Sibu dan menyeragamkan tambang feri untuk kereta penumpang pada kadar RM1 untuk semua perkhidmatan feri di Sarawak termasuk di Long Lama dan Marudi.

Penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan berakhir pada Jun 2016 dan kerajaan Barisan Nasional (BN) Sarawak dijangka mengadakan Pilihan Raya Negeri ke-11 pada awal tahun depan.

Adenan menggantikan ketua menteri paling lama berkhidmat dalam sejarah negara, Tun Abdul Taib Mahmud (33 tahun) pada 28 Feb tahun lepas. – BERNAMA

 

[wpdevart_youtube]1uVWvsT1UDA[/wpdevart_youtube]

Tags: Adenan Satem
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Namakan Lapangan Terbang Kuching Sempena Adenan

05/04/2017
0

KUCHING - Seorang bekas menteri Sarawak, Tan Sri Leonard Linggi Jugah hari ini mencadangkan supaya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching di...

Watson Nyambek Bantu Calon BN PRK Tanjong Datu

12/02/2017
0

KUCHING - Sokongan padu rakyat dan cetusan semangat terus diberikan kepada calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd