• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Beli Foto Lama Samseng Cuma RM8 Kini Harga RM21 Juta

oleh
21/10/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON DC – Tahun 2010, seorang lelaki berasal dari California, Amerika Syarikat (AS), bernama Randy Guijarro membeli selembar foto usang di sebuah pasar lambak dengan harga hanya AS$2 (kira-kira RM8.40).

Siapa sangka, foto lusuh jenis tintype berkenaan ternyata menggambarkan susuk tubuh Billy the Kid, nama gelaran penyamun zaman koboi AS yang terkenal bermaharajalela ketika era yang dikenali sebagai Wild West itu.

Kini, nilainya ditaksir berjaya mencapai harga AS$5 juta (kira-kira RM20.9 juta) oleh sebuah gedung lelongan terkenal gambar lama, Kagin’s di sini setelah menyelidik dengan teliti nilai sebenar keaslian foto tersebut.

Billy the Kid plays croquet (detail), 1878. Photo: Kagin's.

Malah media tempatan melaporkan Kagin’s terpaksa memerlukan tempoh masa setahun untuk mengesahkan ketulenan foto berkenaan termasuk menjejaki semula lokasi Billy atau nama sebenarnya, Henry McCarty.

Ini turut melibatkan usaha mengesan kembali tempat kegiatan samseng Billy yang berasal dari New York City sebelum menjadi penyamun ternama di sekitar Chaves County, negeri New Mexico, AS pada kurun ke-19 lalu.

“Kami harus benar-benar yakin soal di mana, bila, bagaimana dan mengapa foto tersebut dirakamkan. Sekadar wajah mirip Billy sahaja tidak cukup untuk kes berat semacam ini,” jelas David McCarthy dari Kagin’s.

Akhirnya dirumuskan bahawa foto itu betul-betul asli. Ia menunjukkan Billy sedang bermain kriket bersama-sama dengan rakan-rakan, ahli keluarga dan anggota kumpulannya iaitu The Regulators, pada musim panas tahun 1878.

Billy the Kidd. Photo: Brian Lebel Auctions.

Ia dipercayai berjaya dirakamkan selepas sebuah majlis perkahwinan yang dihadiri oleh Billy dan ini merupakan salah satu daripada hanya dua foto nadir yang diketahui mengabadikan wajah sebenar penyamun legenda itu.

Sebelum ini ada sekeping foto lama memaparkan Billy senyum berdiri memegang senapang dan ia dibeli hartawan, Bill Koch menerusi acara lelongan gedung Old West Auction pada 2011 dengan harga AS$2.3 juta (RM9.6 juta).

Billy the Kid merupakan tokoh samseng terkenal yang mati muda pada 1881 dalam usia 21 tahun. Hidupnya yang singkat itu dipenuhi dengan kejahatan pelbagai kes pencurian dan pembunuhan era koboi abad ke-19 di AS.

– Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: koboilelongpenyamunsamseng
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mangsa Kebakaran Flat Sri Sabah Dapat Rumah Sementara

MBKT Lelong Lembu, Kambing Tak Dituntut

13/02/2024
0

KUALA TERENGGANU: Dua lembu jantan dan lapan kambing akan dilelong Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) kerana tidak dituntut selepas disita...

Tangan Hampir Putus Ketika Cuba Rampas Pisau Penyamun

Tangan Hampir Putus Ketika Cuba Rampas Pisau Penyamun

17/09/2023
0

Kota Bharu : "Saya tidak menyangka pelanggan yang sebelum ini pernah datang ke kedai tergamak mencederakan tangan saya sehingga hampir...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd