• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

14 Terperangkap Insiden Lonjakan Air Di Sungai Chiling – Bomba

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sekurang-kurangnya 12 lelaki dan dua wanita terperangkap dalam insiden lonjakan air ketika berada di kawasan Sungai Chiling, Kuala Kubu Bharu, dekat sini malam ini.

Mereka dikatakan melakukan aktiviti mendaki bukit di lokasi itu ketika kejadian berlaku.

Menurut jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu, 13 anggota bomba dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada kira-kira 7 malam.

“Tujuh pengunjung adalah warga Pakistan dan diselamatkan pada 10.45 malam,” katanya sambil menambah usaha mencari dan menyelamat mangsa lain masih diteruskan.

Bercakap kepada Bernama, beliau berkata anggota penyelamat terpaksa menunggu paras air di sungai berkenaan surut bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa.

Namun, katanya, laluan alternatif sedang diusahakan untuk ke lokasi mangsa terperangkap. – BERNAMA

Tags: BombaPelancong
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Apa Itu eSIM Dan Kenapa Ia Menjadi Pilihan Utama Pelancong Masa Kini

Apa Itu eSIM Dan Kenapa Ia Menjadi Pilihan Utama Pelancong Masa Kini

05/08/2026
0

Pada masa kini, perjalanan antarabangsa menjadi jauh lebih mudah. Anda boleh menempah penerbangan, penginapan, pengangkutan, dan menggunakan peta semuanya secara...

Raja Permaisuri Agong Mengingatkan Rakyat Malaysia Sentiasa Memelihara Adab Di Dalam Atau Luar Negara

Raja Permaisuri Agong Mengingatkan Rakyat Malaysia Sentiasa Memelihara Adab Di Dalam Atau Luar Negara

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah mengingatkan rakyat Malaysia sentiasa menitikberatkan kepentingan memelihara adab dan nilai menghormati...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd