• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

11 Projek Tingkat Keselamatan Esszone

oleh Ahmad Albab
23/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 11 inisiatif dilaksanakan di kawasan Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (Esszone) sehingga 11 Ogos ini dalam usaha berterusan kerajaan untuk meningkatkan keselamatan di kawasan tersebut, menurut Laporan Ekonomi 2015/2016. Ia termasuk:

* Penubuhan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom).
* Menaik taraf Kem Pasukan Gerakan Khas Am (PGA) di Beluran.
* Pangkalan maritim bagi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) di Semporna.
* Pos pertahanan bagi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Lahad Datu.
* Pembinaan tiga pangkalan keselamatan di Semporna dan Sandakan.
* Membeli kenderaan dan peralatan untuk operasi Esscom dan pasukan.

Keselamatan lain

* Meningkatkan kapasiti radar.
* Mempertingkatkan kehadiran anggota keselamatan di kawasan ESSZONE.
* Membina kem ATM di Felda Sahabat, Lahad Datu.

Di samping itu, kerajaan akan terus melaksanakan Program Penyeragaman Harga barangan keperluan asas antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak bagi mengurangkan kos sara hidup penduduk di luar bandar dan pendalaman.

Menurut laporan itu, pelbagai inisiatif diperkenalkan termasuk subsidi pengangkutan, Program 1Malaysia 1Harga dan Mobile Kedai Rakyat 1Malaysia.

“Sehingga Julai 2015, sebanyak RM 40.1 juta dibelanjakan untuk negeri Sabah bagi melaksanakan progam ini. Kerajaan juga telah membina 19 kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di seluruh Sabah,” kata laporan itu. – BERNAMA

Tags: Bajet 2016Esszone
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Perintah Kawalan Pergerakan Di Kawasan ESSZONE Mulai 6 Petang Esok

Perintah Kawalan Pergerakan Di Kawasan ESSZONE Mulai 6 Petang Esok

16/10/2023
0

KUALA LUMPUR : Perintah berkurung di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) dijenamakan semula sebagai Perintah Kawalan Pergerakan ESSZONE mulai jam...

Syarikat Keselamatan Swasta Tempatan Boleh Mainkan Peranan Memperkasakan Keselamatan Di ESSZONE

Syarikat Keselamatan Swasta Tempatan Boleh Mainkan Peranan Memperkasakan Keselamatan Di ESSZONE

16/09/2023
0

KUALA LUMPUR : Kerajaan Malaysia diseru memberi peranan dan ruang kepada syarikat keselamatan swasta tempatan untuk menguatkan dan memperkasakan ciri-ciri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd