• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zainal Cabar Khairy Gantung Segera FAM

oleh Ahmad Albab
12/09/2015
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Isu berkaitan kedudukan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) semakin hangat apabila Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin digesa bertindak segera menggantung badan induk bola sepak negara itu, kata Timbalan Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia Zainal Abidin Hassan.

Beliau mencabar Khairy menggantung FAM dalam tempoh satu minggu ini berikutan kenyataan menteri itu selepas pencapaian memalukan skuad bola sepak negara kebelakangan ini.

Bekas pemain kebangsaan itu turut menyifatkan tindakan dan kenyataan menteri tersebut merimaskan dan dianggap kebudak-budakan selain memburukkan lagi keadaan.

“Kita tahu betapa sedihnya situasi bola sepak dan jika beliau benar-benar mempunyai kuasa dan mempunyai tujuan yang baik untuk bola sepak, gantunglah FAM dalam masa seminggu ini dan kita tengok apa kebaikannya dan kalau baik, saya dan rakan sejawat terima kalau digantung demi kebaikan bola sepak.

“Saya sebagai seorang yang sudah lama dalam bola sepak ini sudah naik rimas dengan kenyataan beliau sebegitu di dalam surat khabar,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Katanya, selaku menteri beliau tahu undang-undang dan syarat yang perlu diatasi dan bukan mengeluarkan kenyataan sebegitu.

“Kami inginkan seorang menteri sukan yang memperbaiki keadaan dan bukan hanya bola sepak tetapi untuk semua sukan dan bukan dengan cara pergi ke stadium, duduk bersama penyokong bersama-sama memalukan pasukan negara kerana ini satu dorongan yang tidak baik selaku menteri.

“Kami mahu menteri yang memberikan dorongan atau memperbaiki sukan bola sepak, beliau pun pernah memegang jawatan tertinggi di FAM, pernah merancang program Myteam, tetapi gagal,” katanya lagi.

Zainal Abidin yang juga merupakan Ketua Jurulatih Pahang turut menegaskan sepatutnya Khairy Jamaluddin mencari perkara yang lebih baik untuk membangkitkan bola sepak dan bukan dengan kenyataan yang tidak membantu perkembangan sukan itu. – BERNAMA

Tags: FAMKhairy Jamaluddin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sungai Buloh yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menegaskan...

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin merakamkan penghargaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd