Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

E-Rokok Haram: Majlis Fatwa...

LIKE FANPAGE VAPE COMMUNITY MALAYSIA DI SINIKUALA LUMPUR – Majlis Fatwa Kebangsaan telah...

14 Artis Angkat Sumpah...

JAKARTA - Sebanyak 14 artis Indonesia, antara 575 anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR)...

“I Tak Pakai Baju...

SEJAK zaman moden ini, rasanya kes rogol kian menjadi-jadi. Bapa rogol anaklah, abang...

Penjawat Awam Perlu Berpegang...

PUTRAJAYA - Penjawat awam perlu berpegang kepada 'Aku Janji' perkhidmatan awam dengan menjalankan...

WOW!! Wanita Ini Kenakan Gaun Pengantin Berusia 120 Tahun

PERKAHWINAN merupakan detik yang paling membahagiakan bagi pasangan mempelai.

Oleh itu, pemilihan gaun pengantin merupakan antara elemen terpenting agar segala-galanya nampak sempurna dan indah.

Maka, tidak hairanlah ada sesetengah bakal pengantin wanita mengambil masa yang agak lama dalam mencari gaun perkahwinan.

Namun, bagi Abigail Kingston dari Pennsylvania, Amerika Syarikat, dia tidak perlu bersusah payah kerana gaun pengantinnya telah lama menanti untuk diperagakan.

920x920 5605514ef3980 -fabaa6a87574677a tumblr_inline_nv8kosW4kh1tcrue5_1280ad_182357380

Hal ini kerana, Kingston bakal mencatat sejarah tersendiri dengan menjadi wanita ke-11 dalam keluarganya yang mengenakan gaun pernikahan turun-temurun.

Apa yang mengejutkan, gaun perkahwinan yang dikenakan Kingston itu sebenarnya telah berusia 120 tahun.


Memetik laporan Miror.uk, gaun pengantin ini pertama kali dipakai oleh nenek moyangnya yang dikenali sebagai Mary Lowry Kingston ketika hari perkahwinannya pada tanggal 11 Desember 1895.

Menurut sejarah keluarga besar Kingston, gaun putih itu kali terakhir pernah dikenakan oleh kerabatnya adalah pada tahun 1991 lalu.

Kingston yang sangat menghargai nostalgia nenek moyangnya bakal mengenakan gaun itu pada hari perkahwinannya yang bakal berlangsung 17 Oktober ini.

Difahamkan, gaun ini sebenarnya mempunya beberapa kerosakan akibat rendanya yang sudah rosak dan terdapat kesan-kesan lubang. Namun, Kingston telah menghantar gaun itu untuk dibaiki. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=CPRiyJi-M1o

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori