Friday, June 14, 2024

Creating liberating content

MUDA Gagal Cabar Tindakan...

KUALA LUMPUR - Syed Saddiq Syed Abdul Rahman serta 12 individu hari ini...

Banjir: Patuhi Arahan Berpindah...

MARANG - Penduduk tinggal di kawasan berisiko banjir diingatkan agar tidak berdegil dengan...

Insiden MH17 Perlu Diadili...

KUALA LUMPUR - Kes pesawat Malaysia Airlines MH17 yang ditembak jatuh di ruang...

Harimau Malaya Tewas Di...

HONG KONG - Skuad Harimau Malaya menempah laluan berliku untuk layak ke pusingan...

Waris Jemaah Hilang Buat Ujian DNA, Proses Cam Jenazah

MAKKAH – Waris kepada dua jemaah haji Malaysia, yang dilaporkan hilang dalam tragedi kren tumbang di Masjidil Haram pada Jumaat lepas, akan melakukan ujian deoxyribonucleic acid (DNA).

Ia adalah prosedur biasa untuk proses pengecaman jenazah di Rumah Mayat Muaissem di Mina dekat sini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom kepada media Malaysia.

Beliau menambah, waris jemaah itu, Shahidan Saad, 52, dari Kodiang, Kedah dan Abdul Habib Lahman, 68, dari Sik, Kedah, akan melakukan ujian DNA untuk proses padanan dengan DNA jenazah di rumah mayat berkenaan.

Shahidan akan diwakili oleh abangnya Sobri dan adiknya Zulhakim manakala Abdul Habib diwakili anaknya Mohamad Fazil, dan mereka dijangka tiba di Jeddah pada 7 petang ini (12 tengah malam waktu Malaysia).

“Keputusan ujian DNA itu dijangka hanya dapat diketahui dalam tempoh dua hingga tiga minggu lagi,” katanya ketika ditanya pemberita di sini pada Khamis.

Daripada 108 orang yang terbunuh dalam tragedi tersebut, seramai lima jemaah adalah dari Malaysia setakat ini.

Jamil Khir berkata terdapat tujuh beg plastik mengandungi cebisan anggota badan di rumah mayat Muaissem dan pihak berkuasa Arab Saudi telah menjalankan ujian DNA ke atas kesemua cebisan mayat itu.


Menurutnya pihak perubatan Tabung Haji (TH) akan mengambil langkah susulan daripada hasil ujian DNA itu.

“Pengumuman selanjutnya yang akan dibuat setelah selesai semua ujian ke atas spesimen,” kata beliau.

Pada masa sama, TH meneruskan usaha untuk mencari dan mengesan dua jemaah itu di hospital-hospital dan kawasan sekitar Makkah.

“Tinggal enam hari lagi ke hari Wukuf. Saya menyeru agar jemaah dan rakyat Malaysia mendoakan semua proses ini berjalan lancar,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori