• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Polis Edar Rakaman CCTV Saat Kevin Morais Diculik

oleh AK-47
26/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

POLIS telah mengedarkan rakaman litar tertutup (CCTV) yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya, Anthony Kevin Morais.

Video berdurasi 1.07 saat itu menyaksikan kereta yang dipercayai dipandu mangsa terlibat dalam satu insiden kemalangan di Jalan Duta Mas, Kuala Lumpur sebelum dilaporkan hilang pada 4 September lalu.

Berikutan itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad memohon kepada orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian tersebut tampil di balai polis berdekatan.

“Kemalangan tersebut dipercayai mempunyai kaitan dengan pembunuhan Kevin.

“Polis memerlukan maklumat temuramah daripada pemandu dan penumpang kereta Toyota Estima berwarna putih yang berhenti melihat kejadian,” katanya, memetik laporan The Rakyat Post.

Terdahulu, mangsa dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya kira-kira jam 7.51 pagi.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar kemudiannya memaklumkan bahawa pihak polis percaya mangsa diculik oleh sekumpulan lelaki susulan rakaman CCTV menunjukkan keretanya dihalang sebelum beliau ditarik keluar dan dibawa lari.

Rabu lalu, mayat mendiang akhirnya ditemui disumbat dalam sebuah tong dram berisi konkrit di Subang Jaya, Selangor.

Orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian ini boleh menghubungi Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=XpX7_zxqli8

Tags: Anthony Kevin Morais
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Sekali Lagi Tanya Kit Siang Mana Pendrive?

30/01/2019
0

KUALA LUMPUR - Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak menuntut veteran DAP, Lim Kit Siang mengemukakan pendrive yang sebelum...

Saya Ditawar RM1.5 Juta Jika Mengaku Bunuh Kevin Morais

27/08/2018
0

KUALA LUMPUR — “Saya ditawarkan wang RM1.5 juta jika mengaku bersalah membunuh Kevin Morais,”, dedah tertuduh ketujuh dalam kes pembunuhan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd