BUKAN setakat manusia, haiwan pun terperanjat besar apabila melihat ‘hantu’.
Melalui video yang dikongsikan, seekor kambing biri-biri yang dipakaikan topeng imej ‘hantu’ telah berjaya menakutkan sekumpulan kambing hingga kesemuanya lari bertempiaran.
Jika dilihat kambing ‘hantu’ itu cuba untuk bergaul dengan kambing-kambing yang lain seperti kebiasaannya, namun menemui jalan buntu kerana kesemuanya takut apabila berhadapan dengannya.
https://www.youtube.com/watch?v=kMMz9zBfdZ8
Haa… dah memang sifat haiwan akan berkelakuan sedemikian rupa dalam situasi yang pelik buat mereka apatah lagi imej ‘sesuatu’ yang seakan-akan ingin membaham mereka.
Cuba bayangkan anda pula yang melihat kambing biri-biri ‘hantu’ tersebut diwaktu malam, pasti lari tak cukup tanah dibuatnya, heh. – MYNEWSHUB.CC

