SERDANG – Datuk Abdul Rahman Dahlan menyifatkan penyertaan Tun Dr. Mahathir Mohamad  bersama-sama pihak pembangkang dalam perhimpuan Bersih 4.0 tempoh hari sebagai satu tindakan yang ‘kurang sesuai’ bagi seorang negarawan disegani.
“Jelas, beliau merupakan seorang yang penuh dengan kemarahan dalaman. Biasalah, apabila kita sedang marah emosi kurang stabil, sekaligus menuturkan kata-kata kurang baik yang kita sebenarnya tidak maksudkan,”kata Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu semasa menghadiri program pengasingan buangan pepejal di Malaysia Agro Expostion Park, di sini, Selasa.

Mantan Perdana Menteri Malaysia keempat itu turut serta ‘turun padang’ semasa perhimpunan haram Bersih 4.0 yang didalangi oleh pihak pembangkang pada hari Sabtu dan Ahad lalu.
Terang Tun Mahathir, niat beliau menyertai perhimpunan itu bukanlah untuk menyokong Bersih 4.0, tetapi sebagai tanda solidariti kepada semua rakyat Malaysia. – MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=Migr1-Emqa8