• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Rakyat Malaysia Dijangkiti Rabies Setakat Ini

oleh Ahmad Albab
22/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Tiada rakyat Malaysia yang didapati positif jangkitan virus Rabies atau penyakit anjing gila setakat ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Beliau berkata terdapat 12 individu dengan sembilan daripadanya di Perlis, Pulau Pinang (dua) dan Kedah (satu) yang sehingga kini telah diberi rawatan vaksin akibat digigit anjing yang positif Rabies dengan andaian mereka berpotensi untuk dijangkiti.

Katanya mereka akan dipantau secara berterusan mengikut protokol Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi melihat jika terdapat tanda-tanda dijangkiti memandangkan tiada pengesahan klinikal yang boleh dilakukan bagi mengenal pasti penyakit itu.

“Pengesahan secara klinikal hanya boleh dibuat apabila seseorang itu telah meninggal dunia dengan memeriksa sampel otak.

“Buat masa ini 12 individu ini akan diletakkan di hospital selama dua hingga tiga minggu dan pemantauan berterusan akan dilakukan sehingga setahun,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Dr Subramaniam berkata simptom awal jangkitan Rabies terhadap manusia adalah sakit atau kebas pada kesan gigitan anjing dan seterusnya boleh mengalami kelumpuhan secara berperingkat sehingga menyebabkan kematian.

“Pesakit juga akan takut pada air (hidrofobia) kerana tidak dapat menelan makanan dan air akibat kelumpuhan pada otot dan air liur akan mengalir keluar seperti anjing,” katanya.

Menurutnya ketika ini 14 hospital kerajaan di tiga negeri terbabit telah dibekalkan dengan vaksin yang mencukupi bagi merawat jangkitan Rabies pada manusia.

Beliau juga menasihati orang ramai terutama di tiga negeri terbabit agar menjauhi anjing liar dan segera mendapatkan rawatan jika digigit atau terkena air liur anjing.

“Bagi yang memelihara anjing pula diminta untuk mengikut nasihat yang dikeluarkan oleh Jabatan Veterinar,” katanya.

Rabies adalah sejenis penyakit zoonosis yang disebabkan Lyssavirus yang boleh menjangkiti manusia melalui luka gigitan oleh anjing yang dijangkiti Rabies dan juga melalui luka di kulit manusia yang terdedah kepada air liur, cairan atau tisu tubuh dari haiwan yang dijangkiti Rabies.

Dr Subramaniam berkata jangkitan Rabies pada manusia kali terakhir direkodkan di negara ini pada 1999, manakala jangkitan pada anjing adalah pada 2009 dan WHO mengisytiharkan Malaysia bebas Rabies pada 2012. – BERNAMA

Tags: Dr S. Subramaniam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kekuatan Mental Penting Hadapi PRU14

03/05/2018
0

SEGAMAT – Tugas wakil rakyat dalam tempoh berkempen ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) bukanlah satu tugas yang mudah sebaliknya...

MIC Bukan Parti Inklusif Kaum India – Subramaniam

23/12/2017
0

MELAKA - MIC bukan sebuah parti eksklusif untuk kaum India beragama Hindu semata-mata, sebaliknya sebuah parti inklusif bersandarkan kepelbagaian kaum...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd