• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terapkan Budaya Selamat Kekang Kemalangan Di Tapak Pembinaan

oleh Ahmad Albab
01/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) mengingatkan majikan dan pekerja pembinaan agar menerapkan budaya selamat dan sihat bagi mengekang berlakunya kemalangan di tapak pembinaan.

Ketua Pengarahnya, Mohtar Musri berkata, pencegahan kemalangan perlu kerana kawasan pembinaan merupakan tempat berisiko tinggi terdedah kepada kemalangan.

“Antara Januari dan Jun tahun ini, kemalangan di tapak pembinaan seluruh negara telah mengorbankan seramai 27 nyawa.

“Dalam tujuh bulan pertama tahun ini pula, sebanyak 3,314 notis dan 149 saman telah dikeluarkan terhadap kontraktor yang didapati bersalah kerana tidak mematuhi peraturan keselamatan di tapak pembinaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Alam Sekitar, Keselamatan dan Kesihatan IJM di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif IJM Corporation Berhad, Datuk Soam Heng Choon.

Mengulas lanjut, beliau berkata sistem pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH) yang berkesan juga turut menyumbang ke arah pembentukan budaya keselamatan yang menyeluruh dalam industri pembinaan.

“Jika kemalangan berlaku kerana kegagalan mekanikal atau kejadian semula jadi, ini boleh difahami tetapi sekurang-kurangnya apa yang boleh kita lakukan adalah mengelak kemalangan yang disebabkan oleh kecuaian profesional, ketidakcekapan dan kelalaian.

“Kemalangan juga boleh dikurangkan jika kita jadikan amalan kerja yang berhemah dan berhati-hati sebagai sebahagian daripada budaya kita,” katanya. – BERNAMA

https://youtu.be/Omv6gUUm7xw

Tags: keselamatan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Surat Terbuka Penduduk Paya Besar Kepada Ahli Parlimen

Surat Terbuka Penduduk Paya Besar Kepada Ahli Parlimen

15/04/2026
0

KUANTAN - Penduduk Paya Besar menggesa pihak berwajib menangani isu kemalangan yang kerap berlaku di laluan susur keluar Jalan Kg...

Malaysia Minta PBB Kaji Semula Misi Pengaman Di Lubnan

Malaysia Minta PBB Kaji Semula Misi Pengaman Di Lubnan

09/04/2026
0

REMBAU – Malaysia akan mengambil langkah proaktif memohon Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyemak semula terma penugasan pasukan pengaman di Lubnan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd