• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TH Buat Pengecaman Jenazah Di Rumah Mayat Muaissem

oleh AK-47
02/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JEDDAH – Tabung Haji (TH) kini menumpukan kepada proses pengecaman jenazah di rumah mayat Muaissem di Mina, dalam usaha mengesan dua lagi jemaah haji Malaysia yang dilaporkan hilang dalam tragedi kren tumbang di Masjidil Haram, Jumaat lepas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata tumpuan itu berikutan usaha mencari mereka di tempat-tempat lain seperti di sekitar Masjidil Haram, hotel dan hospital di sekitar Makkah, tidak berhasil.

“Proses pengecaman jenazah di rumah mayat Muaissem itu dijalankan dari segala sudut termasuk penggunaan DNA dan biometrik (berikutan terdapat jenazah yang anggotanya tidak lengkap),” katanya kepada pemberita Malaysia di sini, hari ini.

Beliau bersama Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim tiba di Arab Saudi dalam tugasannya untuk memastikan segala usaha mencari dua lagi jemaah yang masih hilang itu berjalan lancar selain untuk memberikan sokongan moral kepada jemaah haji lain.

Turut hadir Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi, Zainol Rahim Zainuddin.

Dua jemaah haji yang masih hilang dalam kejadian yang mengorbankan lebih 100 nyawa itu ialah Abdul Habib Lahman, 68, berasal dari Sik, Kedah dan Shahidan Saad, 52, dari Kodiang, Kedah.

Jamil Khir berkata selain itu, TH juga akan menumpukan usaha untuk mengebumikan lima jenazah jemaah Malaysia yang telah disahkan terkorban dalam kejadian itu.

Proses pengebumian itu bagaimanapun memerlukan beberapa prosedur tertentu.

“Kerajaan Arab Saudi telah memberi kerjasama terbaik tetapi mereka juga tidak terlepas daripada mematuhi prosedur tertentu sebelum urusan pengebumian jenazah itu dapat dilakukan,” katanya.

Sebelum ini, lima jemaah Malaysia yang disahkan terkorban dalam tragedi itu ialah Rusiah Suar, 56, dari Sungkai, Perak; Siti Nurolshlizan Zolkifli, 37, dari Tanah Merah; Rohana Ismail, 54, dari Kuala Krai; dan Munah Jusoh, 73, dari Cherang Ruku; dan Zainun Taha, 69, dari Ampang, Selangor. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=OR2uVvc9EPI

Tags: HajiMekah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemilik Madrasah Ditahan, Tipu 47 Jemaah Haji Warga Emas

Pemilik Madrasah Ditahan, Tipu 47 Jemaah Haji Warga Emas

18/06/2025
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemilik sebuah madrasah ditahan selepas dipercayai berperanan untuk meraih kepercayaan 47 jemaah warga emas yang terpedaya...

Presidensi Arab Saudi Pasang Skrin 3D Bantu Jemaah Haji Patuhi Langkah Kesihatan

Presidensi Arab Saudi Pasang Skrin 3D Bantu Jemaah Haji Patuhi Langkah Kesihatan

08/06/2025
0

MAKKAH - Presidensi Am Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi Arab Saudi menggesa para jemaah haji supaya mematuhi langkah-langkah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd