• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Babi Ternak Australia Paling Pintar Di Dunia

oleh
29/09/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SYDNEY — Seekor babi betina berusia 13 bulan di Lembah Derwent, Tasmania, Australia ini disebut-sebut sebagai babi paling pintar di dunia. Babi bernama Tina ini mampu memahami sejumlah perintah dari pemiliknya.

Seperti kebanyakan haiwan peliharaan, Tina kerap dibawa pemiliknya ke pasar dan tempat awam lain malah Tina tinggal di dalam rumah bersama pemiliknya selain sering habis waktu duduk mengikuti perintah tuannya.

Ia dilakukan demi untuk mendapatkan makanan kegemarannya iaitu roti krim dan sandwich. Babi terpintar di muka bumi ini sengaja dilatih oleh tuannya untuk memahami perintah seperti anjing, lapor media tempatan.

Tina merupakan salah seekor daripada 22 babi jenis Wessex Saddleback milik Patricia Kelsall dan Garry Roohan yang dipelihara di Tynwald Willow Bend Estate di New Norfolk. Namun, Tina menjadi babi pilihan pemiliknya.

Baca: Babi Gemuk Sujud Depan Kuil Buddha Jadi Viral

Juga: Acara Lumba Renang Babi Dikritik Penduduk

“Empat tahun lalu, kami memutuskan untuk pelihara babi dan diternakkan serta jual ke restoran,” kata Kelsall tetapi perbezaan menonjol yang dimiliki Tina berbanding babi lain langsung memikat hati pemiliknya.

Lantas mereka memutuskan untuk memeliharanya. “Dia lucu sekali dan badannya lebih kecil banding babi yang lain. Gary berfikir ‘Oh ini istimewa, kita boleh mengajarinya beberapa helah,’ dan ternyata dia memang pandai,” kata Kelsall.

Tina sekarang menjadi bintang dari lembah Derwent. Roohan menyaksikan sendiri kelahiran babi peliharaannya, dan langsung menyadari bahwa babi betina itu unik dan istimewa sejak berumur 6 minggu lagi.

“Babi induknya memang sangat pandai melarikan diri, dan Tina sering buat juga. Kerana badannya lebih kecil dibandingkan anak babi yang lain, Tina jadi sangat terbiasa menerobos masuk pagar.

“Dia tahu di mana bekalan makanan ternakan disimpan, dan terus mengikuti saya ke mana sahaja saya pergi hingga dia diberi makanan. Jadi, begitulah kelebihan Tina dibandingkan babi peliharaan kami yang lain.”

Roohan kemudian ajar Tina untuk duduk seperti perintah biasa diberi pada anjing; selama dua minggu dengan guna umpan makanan di tangan. “Dia biasa masuk ke dalam rumah dari pintu belakang dan ketuk pintu sebelum masuk,” kata Kelsall.

“Saya fikir akan menyenangkan sekali jika dapat latih seperti anjing dan biarkan tinggal di ruang sarapan. Namun, babi ini tidak boleh menetap seperti anjing. Sebaliknya, dia akan berjalan keliling rumah selama dua jam.”

Kelsall mengatakan, dia merancang untuk membiakkan Tina untuk menciptakan keluarga babi yang pintar. Dia juga berhasrat membawa Tina dalam kejuaraan ternakan terkenal di Royal Hobart Show.

“Kami berharap dia boleh memiliki sejumlah anak apabila dewasa, hal tersebut boleh terjadi dalam waktu dekat. Dia belum bunting, tetapi sepertinya dia sudah siap untuk kahwin.” — Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Australiababiternakan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin Lahirkan Anak Kembar Lelaki 

Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin Lahirkan Anak Kembar Lelaki 

23/03/2026
0

Oleh Mynewshub   KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin, berkongsi khabar gembira apabila selamat melahirkan sepasang bayi...

Jangan Ternak Babi Di Dalam Negeri Selangor-  Titah Sultan

Jangan Ternak Babi Di Dalam Negeri Selangor- Titah Sultan

10/02/2026
0

Oleh Mynewshub  SHAH ALAM 10 FEB. – Sultan Selangor menegaskan bahawa Baginda tidak berkenan penternakan babi dijalankan di mana-mana daerah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd