• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Harap Tiada Pihak Buat Spekulasi Kehilangan Kevin

oleh Ahmad Albab
06/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berharap tiada mana-mana pihak membuat spekulasi tidak berasas mengenai kehilangan Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais.

Dalam kenyataan di sini hari ini, Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, DatukAzam Baki berkata beliau juga berharap berita kehilangannya sejak Jumaat lepas tidak dikaitkan dengan siasatan yang sedang dijalankan oleh pihaknya atau siasatan polis berhubung kebocoran maklumat.

Kevin dilaporkan kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta, Kuala Lumpur pada Jumaat lepas untuk ke pejabatnya di Putrajaya.

Beliau dilapor memandu kereta Proton Perdana berwarna kelabu dengan nombor pendaftaran WA6264Q.

Polis telah menemukan sebuah kereta terbakar yang dipercayai hampir sama dengan model kereta yang digunakan oleh Kevin di Kampung Sungai Samak, Hutan Melintang, Perak.

Terkejut dengan berita kehilangan itu, Azam berharap Kevin dapat ditemui dengan selamat secepat mungkin dan keluarganya akan bersabar.

Beliau berkata Kevin pernah berkhidmat sebagai Timbalan Pengarah Bahagian Perundangan dan Pendakwaan SPRM dan telah mewakili SPRM sebagai Timbalan Pendakwa Raya selama hampir 10 tahun sebelum kembali ke Jabatan Peguam Negara pada 1 Julai 2014.

“Beliau seorang yang sangat berdedikasi dan komited dalam menunaikan tugas dan tanggungjawab sebagai Timbalan Pendakwa Raya, serta seorang yang sangat peramah.

“Sepanjang tempoh bertindak sebagai Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Kevin telah mengendalikan banyak kes berprofil tinggi dan sehingga kini masih mengendalikan beberapa kes melibatkan SPRM,” katanya.

“Saya sendiri mengenali Kevin dengan rapat sejak berkhidmat di SPRM dan berharap semua pihak akan mendoakan keselamatan beliau,” kata Azam. – BERNAMA

Tags: SPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd