• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Abadikan Nama Mendiang Kevin Morais Pada ‘Moot Court’

oleh Ahmad Albab
19/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Nama mendiang Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Anthony Kevin Morais yang menjadi mangsa pembunuhan kejam, akan diabadikan di ‘Moot Court’ Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA).

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata kemudahan itu akan dikenali sebagai Moot Court Kevin Morais susulan keputusan pengurusan tertinggi badan itu.

Dalam kenyataan hari ini, beliau berkata satu majlis khas bagi mengenang sumbangan mendiang akan diadakan sempena sambutan ulang tahun ke-48 Badan Pencegahan Rasuah (BPR)/SPRM pada 1 Okt ini.

“Seluruh warga kerja SPRM menyanjung dedikasi tinggi yang telah diperlihatkan mendiang selama berkhidmat dengan SPRM,” katanya merujuk kepada Morais yang merupakan Timbalan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan, Jabatan Peguam Negara.

Moot Court MACA digunakan dalam penyediaan program latihan berkaitan perundangan dan pendakwaan kepada pegawai SPRM yang mengikuti latihan asas siasatan dan perundangan.

Mayat Morais, 55, ditemui dalam tong berisi konkrit di Subang Jaya dekat sini Rabu lepas, selepas seorang daripada suspek membawa polis ke lokasi tong itu dibuang di Taman Perumahan USJ 1, Persiaran Subang Mewah.

Morais kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta, di sini pada 4 Sept untuk ke pejabatnya di Putrajaya dengan memandu kereta Proton Perdana kelabu.

Tujuh orang setakat ini ditahan berhubung kes pembunuhan itu.

Dalam pada itu, Mohd Shukri berkata urusan pendakwaan kes rasuah membabitkan seorang doktor hospital tentera akan dikendalikan seorang DPP kanan yang kini berkhidmat di SPRM, susulan ketiadaan mendiang.

Menurutnya, dedikasi dan komitmen mendiang akan menjadi semangat kepada pegawai-pegawai SPRM untuk meneruskan misi SPRM, khususnya dalam kes rasuah berkenaan. – BERNAMA

https://youtu.be/qOV-bk5joTE

Tags: Anthony Kevin MoraisSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd