• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siti Nurhaliza Ikut Jejak Langkah Artis Lain Buat IG Review

oleh AK-47
29/09/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEJAK kebelakangan ini sudah menjadi trend ramai selebriti tempatan membuat perkhidmatan ‘Instagram (IG) Review‘ bagi membantu peniaga-peniaga online dan dalam masa yang sama dapat menambah pendapatan.

Tidak terkecuali buat penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin yang turut serta terbuka melakukan servis berkenaan di akaun laman sosial miliknya itu.

Bagaimanapun, Siti berkata, perkhidmatan itu akan diuruskan oleh syarikat anak tirinya, Ashraf Khalid iaitu A Klasse Management Sdn. Bhd. dengan bayaran yang ditetapkan.

“Saya memang tidak pernah buat ‘IG Review’ sebelum ini. Setakat meletakkan nama peniaga online yang memberi hadiah seperti tudung atau baju di IG adalah, tetapi jarang.

“Lagipun sekarang ini ramai artis yang membuat ‘IG Review‘ dengan mengenakan caj bayaran, sekarang saya pula mengikut jejak mereka.

“Cuma saya tak payah fikir nak taip apa. Semuanya disediakan pihak A Klasse dan saya hanya memuat naik di IG sahaja,” katanya kepada mStar Online.

Pada masa yang sama, Siti menyifatkan perkhidmatan itu adalah situasi berbentuk menang-menang bagi peniaga yang mahu melonjakkan jualan mereka menerusi selebriti yang mempunyai jumlah pengikut di laman sosial yang ramai. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=Mj4KQ_xvCIw

Tags: siti nurhaliza
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pakai Jam Tangan Mewah Jutaan Ringgit, Siti Memang Layak

08/11/2021
0

PETALING JAYA – “Dia layak memakainya.” Itu antara respons orang ramai mengenai video tular memaparkan penyanyi nombor satu negara, Datuk...

Siti Nurhaliza, Suami Dikompaun RM10,000 Setiap Seorang

27/05/2021
0

SHAH ALAM - Penyanyi tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa masing-masing...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd