• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Seorang Pelajar Patah Bahu Dalam Kejadian Bas Terbalik

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHARU – Seorang pelajar perempuan sekolah menengah patah tulang bahu, manakala tiga lagi cedera ringan apabila bas sekolah yang dinaiki mereka terbalik selepas mengelak lori dari arah bertentangan di Jalan Seelong, Senai, awal pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kulai DSP Mohd Idris Samsuri berkata dalam kejadian pukul 6.45 pagi itu, bas yang membawa 23 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Senai itu, dikatakan mengelak lori dari arah bertentangan yang cuba memotong sebuah motosikal.

“Bas itu kemudian terbabas dan tergelincir di kiri bahu jalan sebelum memasuki longkang kecil di hadapan pagar sebuah kilang berhampiran,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Akibat kejadian itu, kata Mohd Idris, empat orang cedera iaitu dua pelajar lelaki dan dua perempuan termasuk seorang yang patah tulang bahu.

Menurutnya semua pelajar dalam bas itu berusia antara 15 dan 17 tahun.

Bagaimanapun, beliau berkata tiga daripada empat pelajar itu masih ditahan di Wad Kecemasan Hospital Kulai untuk rawatan lanjut.

Menurutnya pemandu bas bagaimanapun tidak cedera manakala pemandu lori terbabit masih dicari untuk membantu siasatan.

Mohd Idris berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

 

Tags: baspelajar
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Fadhlina Arah Audit Segera, Tiada Pihak Dilindungi Susulan Kematian Pelajar Di Sekolah

Fadhlina Arah Audit Segera, Tiada Pihak Dilindungi Susulan Kematian Pelajar Di Sekolah

26/09/2026
0

KUALA PILAH - Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek mengarahkan Jemaah Nazir menjalankan audit segera susulan kematian seorang murid Tingkatan...

Asyraf Wajdi Mohon Doakan 2 Pelajar MRSM Hilang Berjaya Ditemui

Asyraf Wajdi Mohon Doakan 2 Pelajar MRSM Hilang Berjaya Ditemui

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki meminta orang ramai mendoakan dua pelajar Maktab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd