• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lawak.. Ini Komen Paling ‘Win’ Tentang Filem Malaysia

oleh AK-47
11/09/2015
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

STATUS yang dimuat naik oleh seorang netizen di laman sosialnya semalam, ternyata menarik perhatian peminat dan pemerhati filem serta drama di Malaysia.

Status yang dimuatnaik di akaun Facebook Nur Izati Nazira bagi menyatakan pendapat tersendiri mengenai filem tempatan itu digemari ramai kerana ianya bagai mewakili apa yang ada dalam fikiran orang lain juga.

Ianya berpunca daripada kenyataan menyatakan FINAS akan menghantar filem Malaysia ke Academy Awards bermula tahun hadapan.

wm52

“Nanti dorang pelik sebab filem Malaysia semuanya pasal anak orang kaya, ada syarikat, jadi ceo syarikat, rumah besar, terlanjur.. dan setiap kali sarapan “eh man sarapan la dulu” “takpalah mak man dah lambat.”

Haha. Sarkastik gile kan?

Apa pun ini diharapkan orang dalam industri perfileman tak makan hati dengan kenyataan lawak sebegini dan ambil dari sudut positif.

Kalau nak nak kata status ini tak betul agak-agaklah.. takkan hampir semua yang baca status ini boleh tergelak sebab dapat rasakan kebenarannya betul tak?

Jadi kepada para pembikin filem sekalian, tolonglah hidangkan kami peminat filem sesuatu yang lebih menarik dan di ‘luar kotak’ selepas ini dan kami janji akan lebih menyokong filem-filem tempatan.

Apa pun, filem atau drama dari setiap negara lazimnya memang melambangkan ciri-ciri kehidupan sesebuah negara itu kerana ia dapat menarik perhatian orang yang menontonnya.

Namun, adakah benar anak-anak muda di Malaysia ini ramai yang dilahirkan serba-serbi kaya seperti yang dipaparkan dalam filem atau drama sekarang?

Sememangnya tidak kerana seperti yang kita sendiri tahu, anak muda kini bergelut serta ada yang terkial-kial untuk berjuang demi kehidupan masing-masing, lebih-lebih lagi dengan taraf ekonomi terkini.

Lagi pula, banyak lagi isu lain yang boleh diangkat menjadi subjek filem dan masih melambangkan ciri-ciri budaya kehidupan di sini.

Jika dilihat dari sudut lain, mengapa filem dari negara jiran seperti Indonesia, Filipina, Korea dan Thailand pun banyak yang memainkan subjek ‘klise’ namun masih mampu bertanding di peringkat dunia?

Contohnya Korea penuh dengan adegan menangis tetapi masih mendapat perhatian ramai. Tidak kurang di Thailand juga, pengisian watak-watak pondan dalam kebanyakan filem dan drama mereka, pun ‘klise’ juga bukan?

Tapi mengapa ia masih mampu diadun menjadi filem yang bagus dan diakui di peringkat antarabangsa. Fikir-fikirkan. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=tqIKPL0Gzgw

Tags: FILEM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hero Filem Tamil Diserang Di Lapangan Terbang

04/11/2021
0

NEW DELHI: Seorang pelakon lelaki, Maha Gandhi dilaporkan diserang oleh seorang lelaki di Lapangan Terbang Bengaluru, malam semalam. Kejadian dikatakan...

sooka Semarak Semangat Merdeka Dengan Kandungan Ikonik Tempatan

01/09/2021
0

sooka Menyemarakkan Semangat Merdeka dengan Kandungan Ikonik Tempatan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd