Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Indonesia Sasar Tarik 7...

JAKARTA - Kementerian Pelancongan Indonesia menyasarkan untuk mencatatkan ketibaan tujuh juta pelancong ke...

2 Mangsa Rumah Diroboh...

SHAH ALAM - Nasib malang dua bekas pegawai Masjid Lapangan Terbang Subang akhirnya...

ASEAN, China Setuju Mengenai...

BANGKOK-  Para pakar dari ASEAN dan China bersetuju pelan tindakan memerangi keganasan dikemukakan...

Bicara 1MDB Tangguh, Shafee...

KUALA LUMPUR - Kes perbicaraan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang...

Selebriti Jangan Campur Tangan Urusan Politik – Freddie

SEJAK kebelakangan ini, beberapa selebriti tempatan dilihat sudah mula berani bersuara menyatakan pandangan masing-masing berhubung situasi politik Malaysia.

Ekoran itu, Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez memberi peringatan bahawa artis dan selebriti tempatan perlu lebih berhati-hati membuat kenyataan agar reputasi mereka tidak terjejas.

“Selebriti tidak perlu campur tangan urusan politik, sebaliknya perlu fokus kepada kerjaya seni masing-masing saja.

“Artis seharusnya berfikir dulu sebelum mengeluarkan kenyataan agar tidak kelihatan kurang bijak. Lagipun tidak kena pada tempat untuk artis mengulas mengenai isu politik,” katanya.

Pada masa yang sama Freddie turut mengulas tindakan pelakon dan penyanyi Soo Wincci yang menyatakan sokongan terhadap perhimpunan haram Bersih 4.0 yang berlangsung minggu lalu.

BACA: Desak PM Letak Jawatan: Soo Wincci Sedia Terima Padah

“Dia sendiri berada di Taiwan dan tidak tahu apa yang berlaku di Malaysia. Saya sendiri pun tidak tahu siapa yang dia wakili kerana realitinya dia tidak berada di sini.


“Banyak yang pihak kerajaan laburkan dalam industri kreatif dan jangan hanya fokus kepada keburukan semata-mata,” tegas Freddie lagi.

Sebelum ini, Soo Wincci mengejutkan ramai apabila dilihat memuat naik video di laman Facebooknya mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan memandangkan beliau telah lama mentadbir dan selesa dengan kedudukannya.

Soo Wincci yang juga merupakan bekas ratu cantik Malaysia 2008/2009 turut menyatakan telah bersedia menerima sebarang akibat atas tindakannya itu. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: CARRIE

Sumber: Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori