• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sekeluarga Tinggal Sehelai Sepinggang, Rumah Terbakar

oleh Ahmad Albab
27/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR PUTEH – Tiga sekeluarga tinggal sehelai sepinggang apabila rumah mereka hangus dalam kebakaran di Kampung Gutong di sini, malam tadi.

Mazitah Harun, 57, berkata api cepat merebak tidak sampai 10 minit, membakar rumah kayu yang didiami sejak 40 tahun lepas, menyebabkan mereka tidak sempat menyelamatkan harta benda dalam kejadian pukul 9 malam itu.

“Ini termasuk dua bentuk cincin berlian bernilai RM4,000 dan tiga buah mesin jahit yang digunakan untuk mengambil upah menjahit baju,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini, hari ini.

Mazitah berkata ketika kejadian, dia dan anak bongsunya Wan Mohd Nazrin Wan Zahari, 15, sedang makan malam di dapur manakala suaminya Wan Zahari Wan Mat, 64, seorang pesara kerajaan sedang mengerjakan solat di Masjid Kampung Nara di sini.

“Saya menyedarinya selepas terdengar bunyi dentuman di dalam bilik tidur dan ketika itu api sudah pun marak lalu saya dan anak-anak menyelamatkan diri keluar menerusi pintu dapur,” katanya.

Mazitah berkata hanya dua buah kereta yang diletak di hadapan rumah sempat diselamatkan oleh penduduk kampung sebaik menyedari kebakaran itu.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh Penolong Penguasa Bomba Wan Baijuri Wan Hassan berkata enam anggotanya tiba di tempat kejadian pukul 9.27 malam dan mendapati hampir keseluruhan rumah itu sudah hangus.

Pihaknya berjaya mengawal api daripada merebak ke dua buah rumah yang terletak beberapa meter sahaja dari rumah terbabit, katanya.

Katanya jumlah kerugian dianggarkan RM85,000 dan siasatan sedang dijalankan bagi mengetahui punca kebakaran. – BERNAMA

 

 

Tags: kebakaranRumah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jadikan Kawasan Rumah YB Dahulu Sebagai Projek Permulaan – Akmal Saleh

Jadikan Kawasan Rumah YB Dahulu Sebagai Projek Permulaan – Akmal Saleh

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh secara sinis mencadangkan projek penternakan babi dibuat di kawasan...

Rakyat Disaran Tanam Sayur Sendiri Hadapi Impak Global

Rakyat Disaran Tanam Sayur Sendiri Hadapi Impak Global

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia diseru menanam sendiri sayur-sayuran bagi menangani impak rantaian bekalan makanan global akibat konflik di Asia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd