• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Segera Ekstradisi Alvin Tan Ke Malaysia

oleh Ahmad Albab
08/09/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) memohon kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Luar untuk segera mengekstradisi blogger kontroversi Alvin Tan ke Malaysia.

Timbalan Menteri berkenaan, Datuk Jailani Johari berkata Alvin Tan yang kini dipercayai berada di Amerika Syarikat, perlu diesktradisi segera agar tindakan undang-undang boleh diambil ke atas blogger berkenaan, yang baru-baru ini dikatakan menghina agama Islam dengan memuat naik gambarnya dengan tatu bertulis kalimah Allah di paha kirinya.

“Kementerian sebelum ini, melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah menulis surat kepada pihak pengurusan Facebook (FB) agar memadamkan imej berkenaan yang dimuat turun oleh Alvin di FB miliknya.

“Kini kita mohon kerjasama PDRM dan Kementerian Luar, kepada kerajaan Amerika Syarikat untuk ekstradisi Alvin supaya blogger berkenaan dapat dikenakan tindakan undang-undang atas kesalahan yang dilakukannya.

“Alvin tahu, selagi dia berada di luar negara, dia akan terlepas dari tindakan undang-undang. Sebab itu kita mahu dia segera diekstradisi agar tindakan sewajarnya dapat dikenakan ke atasnya,” kata Jailani.

Jailani berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas berakhir Pertandingan Peringkat Akhir Juara Bertemu Juara Bintang Klasik yang diadakan di Auditorium Darul Makmur, Sultan Ahmad Shah, RTM Pahang, di sini malam ini.

Turut hadir, Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Abu Bakar Ab Rahim dan anggota Parlimen Paya Besar, Datuk Abd Manan Ismail yang mewakili Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.

Beberapa hari lepas, Alvin didapati memuat turun gambar tatu bertulis kalimah Allah di paha kirinya, dan juga kata-kata yang menghina agama dan umat Islam di FB miliknya.

Sementara itu, peserta dari Kluang, Johor, Rasyidah Abd Rahim, 24, dinobatkan juara keseluruhan serta memenangi persembahan terbaik pada pertandingan itu.

Rasyidah yang kini mengandung anak pertama, berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM65,000 dan piala iringan. – BERNAMA

Tags: Alvin Tan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Soal Kepercayaan Tak Boleh Dipaksa’

02/07/2018
0

GARA-GARA kerap bawa watak lelaki Islam, pelakon yang semakin menyerlah menerusi drama Melayu, Alvin Chong pernah didesak segelintir peminat supaya...

Vivian Lee Letak Semua Kesalahan Terhadap Bekas Teman Lelakinya

11/05/2016
0

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen hari ini diberitahu bahawa bekas teman wanita kepada blogger, Alvin Tan, meletakkan semua kesalahan terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd