• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rekod Keselamatan Tapak Binaan Kurang Memberangsangkan

oleh Ahmad Albab
28/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Rekod keselamatan dan kesihatan di tapak binaan di negara ini berada pada tahap lemah dan boleh menjejaskan industri binaan negara dalam jangka panjang, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Menurut beliau, keadaan itu berpunca akibat kawal selia dan penguatkuasaan yang tidak memadai serta amalan keselamatan yang rendah dalam sektor pembinaan sekali gus menjurus kepada insiden kecederaan dan kehilangan nyawa.

“Walaupun pelbagai langkah dan usaha diperkenalkan kerajaan, namun syarikat dan penggiat industri tidak boleh bergantung semata-mata kepada kerajaan untuk menguatkuasakan undang-undang.

“Perlu ada kerjasama, usaha dan komitmen pihak industri dalam menyatakan kesungguhan mencapai matlamat keseluruhan ke arah pelaksanaan penuh sistem pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (KKP),” katanya kepada pemberita pada majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dan majlis perasmian Pusat Latihan Klang Valley Mass Rapid Transit (KVMRT) di sini, hari ini.

MoU berkenaan ditandatangani antara MRT Corporation, MMC Gamuda KVMRT (PDP) Sdn Bhd, CIDB Holdings dan Institut Kebangsaan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (NIOSH).

Ia bertujuan meningkatkan tahap KKP dalam kalangan kontraktor dan pekerja binaan yang terlibat dengan KVMRT selain sektor binaan secara keseluruhannya.

Beliau juga berharap agar kerjasama ini dapat menerapkan budaya keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam sektor pembinaan di samping menjadi contoh kepada syarikat pembinaan lain.

“Saya menyeru agar semua pihak dapat berusaha mempertingkatkan lagi kecemerlangan dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan di negara kita.

“Kita harap projek KVMRT ini boleh menjadi contoh amalan terbaik dalam KKP selaras dengan hasrat kerajaan untuk merealisasikan budaya kerja selamat dan sihat,” katanya. – BERNAMA

Tags: Fadillah Yusofkeselamatan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Surat Terbuka Penduduk Paya Besar Kepada Ahli Parlimen

Surat Terbuka Penduduk Paya Besar Kepada Ahli Parlimen

15/04/2026
0

KUANTAN - Penduduk Paya Besar menggesa pihak berwajib menangani isu kemalangan yang kerap berlaku di laluan susur keluar Jalan Kg...

Malaysia Minta PBB Kaji Semula Misi Pengaman Di Lubnan

Malaysia Minta PBB Kaji Semula Misi Pengaman Di Lubnan

09/04/2026
0

REMBAU – Malaysia akan mengambil langkah proaktif memohon Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyemak semula terma penugasan pasukan pengaman di Lubnan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd