• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Malaysia Sokong Kerajaan Dalam Usaha Perangi Rasuah

oleh Ahmad Albab
04/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Transparency International, gabungan global menentang rasuah, menggesa rakyat Malaysia daripada semua lapisan masyarakat untuk tampil dan menyokong usaha negara memerangi rasuah.

Ketua Unit Konvensyen, Transparency International, Gillian Dell berkata masyarakat boleh memantau dan menilai langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan, dan pada masa yang sama, membantu kerajaan untuk membanteras jenayah itu.

“Yang jelas banyak usaha telah dilakukan oleh kerajaan Malaysia. Jelas sekali terdapat beberapa langkah diambil oleh kerajaan untuk memerangi rasuah secara serius.

“Kami amat mengalu-alukan sokongan Malaysia untuk memperjuangkan Konvensyen Pertubuhan Bangsa Bersatu Memerangi Rasuah (UNCAC),” kata beliau pada sesi bengkel pada Persidangan AntiRasuah Antarabangsa (IACC) ke-16 di sini Jumaat.

Malaysia menandatangani UNCAC pada 9 Dis 2003 (Hari AntiRasuah Antarabangsa) dan menerima pakai Konvensyen antirasuah pada 24 Sept 2008.

Seorang lagi ahli panel, pengerusi gabungan UNCAC Manzoor Hasan berkata setiap negara harus mencari penyelesaian dan cara sendiri untuk memerangi rasuah memandangkan setiap negara menghadapi masalah yang berbeza untuk ditangani.

“Memerangi rasuah bukan proses yang mudah. Kita perlu berbincang dan mengadakan sesi percambahan minda untuk melahirkan pelbagai langkah dan inisiatif sebagai langkah untuk bergerak ke hadapan,” kata beliau. – BERNAMA

Tags: rasuahTransparency International
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

BB1M Bukan Lagi Dedak Selepas Jadi Baucar Buku Madani – Ka Siong

BB1M Bukan Lagi Dedak Selepas Jadi Baucar Buku Madani – Ka Siong

30/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong melahirkan rasa gembira Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) tidak lagi dilabelkan...

Reformasi Sebenar Kadangkala Tidak Lantang – Nurul Izzah

Reformasi Sebenar Kadangkala Tidak Lantang – Nurul Izzah

26/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelantikan Ketua Pesuruhjaya baharu tidak dengan sendirinya melahirkan sebuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu. Menurutnya,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd