• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bajet 2016: Program Berpaksikan Rakyat Jadi Keutamaan

oleh Ahmad Albab
30/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Bajet 2016 akan mengutamakan program-program berpaksikan rakyat berikutan ekonomi dunia dan domestik dijangka berkembang perlahan, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata pada masa sama, semua agensi kerajaan perlu bekerjasama bagi mengelakkan berlaku pertindihan fungsi dan program bagi mengurangkan pembaziran, selain melaksanakan program berimpak tinggi.

“Kerajaan akan mengotakan aku janji yang telah dibuat dan dalam masa sama memastikan pertumbuhan ekonomi serta kedudukan kewangan kekal mapan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mempengerusikan Majlis Konsultasi Bajet 2016 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). - Foto NSTP/Mohd Fadli Hamzah
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mempengerusikan Majlis Konsultasi Bajet 2016 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). – Foto NSTP/Mohd Fadli Hamzah

Ahmad Husni berkata kerajaan juga akan mengambil kira segala saranan dan input yang dikemukakan oleh wakil-wakil rakyat dalam pertemuan dengan kementeriannya semalam.

Antara perkara yang dibangkitkan oleh wakil rakyat berkenaan ialah agar kerajaan memberi tumpuan kepada kos sara hidup, infrastruktur, pembangunan seimbang antara bandar dan luar bandar serta antara Semenanjung dan Sabah serta Sarawak, katanya.

Ahmad Husni berkata mereka juga mahu kerajaan memberi tumpuan kepada rakyat luar bandar, golongan B40 serta kelompok pertengahan termasuk penyediaan perumahan mampu milik dan selesa untuk kumpulan berpendapatan rendah dan menengah.

“Segala saranan, cadangan dan pandangan wakil rakyat diteliti untuk dijadikan input Bajet 2016,” katanya. – BERNAMA

Tags: Bajet 2016
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tidak Perlu Pengubahsuaian Bajet Lagi Buat Masa Ini

19/02/2016
0

SAN FRANCISCO - Tidak ada keperluan bagi pengubahsuaian seterusnya Bajet 2016 buat masa ini kerana harga minyak mentah dijangka stabil...

Perlis Tidak Terjejas Dengan Pengubahsuaian Bajet – Azlan Man

01/02/2016
0

KANGAR - Perlis tidak terkesan dengan pengubahsuaian Bajet 2016 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini malah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd