• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Percaya Kevin Morais Diculik Sekumpulan Lelaki

oleh AK-47
11/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

POLIS percaya Timbalan Pendakwa Raya, Anthony Kevin Morais yang dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu ketika sedang dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya telah dilarikan oleh sekumpulan lelaki.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad, maklumat ini diterima berdasarkan pemeriksaan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sepanjang jalan yang dilalui mangsa.

“Pemeriksaan dijalankan termasuk CCTV milik persendirian.

“Setakat ini, tiada wang tebusan yang diminta dan polis percaya mangsa diculik,” katanya kepada portal The Rakyat Post.

Bagaimanapun, Zainuddin enggan mengulas lanjut mengenai siasatan berdasarkan CCTV itu dan memohon agar orang ramai memberi ruang kepada polis untuk menjalankan siasatan.

Tambahnya, kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan.

Pada masa sama, Zainuddin turut menafikan khabar angin di laman sosial, kononnya mayat mangsa yang kaki dan tangannya diikat telah ditemui di Sungai Klang, pagi tadi.

Morais pernah mengendalikan beberapa kes berprofil tinggi, termasuk kes bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby Berhad, Datuk Seri Ahmad Zubair Murshid yang didakwa melakukan pecah amanah dan menipu.

– MYNEWSHUB.CC

Sumber: The Rakyat Post

https://www.youtube.com/watch?v=DdwcAyQPrH0

Tags: Anthony Kevin Morais
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Sekali Lagi Tanya Kit Siang Mana Pendrive?

30/01/2019
0

KUALA LUMPUR - Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak menuntut veteran DAP, Lim Kit Siang mengemukakan pendrive yang sebelum...

Saya Ditawar RM1.5 Juta Jika Mengaku Bunuh Kevin Morais

27/08/2018
0

KUALA LUMPUR — “Saya ditawarkan wang RM1.5 juta jika mengaku bersalah membunuh Kevin Morais,”, dedah tertuduh ketujuh dalam kes pembunuhan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd