• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Nafi Dakwaan Kes Budak Cuba Diculik ‘Van Biru’

oleh Ahmad Albab
23/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Pihak polis menafikan wujud cubaan menculik seorang kanak-kanak yang membabitkan sekumpulan individu menaiki van berwarna biru di Teluk Bahang dekat sini seperti yang menjadi viral di laman soial.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supt Lai Fah Hin berkata pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita yang mendakwa anaknya yang berusia sembilan tahun cuba diculik tengah hari semalam.

Beliau berkata kes itu bagaimanapun tidak dapat diklasifikasi sebagai culik atau cubaan menculik memandangkan laporan dibuat hanya berdasarkan cerita kanak-kanak terbabit dan ia adalah meragukan.

Penduduk Terkilan Cara Polis Tangani Kes ‘Van Putih’ Culik Budak

“Kanak-kanak itu mendakwa tindak tanduk kumpulan individu dalam van tersebut dirasakan seolah-olah mahu menculiknya. Dia kemudianya melarikan diri balik ke rumah dan memberitahu ibunya yang terus membuat laporan polis,” katanya.

Namun Lai berkata pihak polis telah diarah untuk meronda kawasan yang didiami keluarga berkenaan.

Polis Nafi Kepung Van Sindiket Culik Di Bukit Mertajam

Sementara itu di Negeri Sembilan, pihak polis turut meminta orang ramai supaya menghentikan spekulasi wujud cubaan menculik terhadap seorang murid perempuan prasekolah di Nilai seperti yang tersebar di Facebook pada Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Nilai, Supt Zaldino Zaludin berkata setakat ini pihaknya belum dapat memastikan kes tersebut.

Beliau berkata pada Khamis lepas, seorang lelaki berumur lewat 20-an yang mendakwa dia adalah bapa saudara kepada murid tersebut telah pergi ke sekolah murid itu dan mahu menjemputnya pulang.

Namun lelaki terbabit yang dikatakan datang dengan sebuah kereta bersama beberapa individu lagi, telah pergi ke kelas murid tersebut dan menemuinya sebelum meninggalkan kawasan sekolah, tanpa melakukan sebarang perbuatan ke atas murid itu, katanya.

Ibu murid tersebut turut membuat laporan polis.

Zaldino berkata pihaknya memandang serius perkara tersebut dan kini sedang mengesan lelaki terbabit serta turut mengedarkan fotopitnya.

Orang ramai yang mengetahui kejadian itu diminta menghubungi Inspektor Mohd Tarmizi Said di talian 017-9000146. – BERNAMA

Tags: kes culikpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd