• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 4, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Mohon Notis Merah Interpol Terhadap Editor Sarawak Report

oleh Ahmad Albab
02/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiapkan permohonan semula ‘Notis Merah’ kepada Interpol di Perancis untuk menahan dan mengekstradisi pengasas dan editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya sedang melengkapkan permohonan itu bagi membolehkan polis menyiasat laporan berbaur fitnah yang dibuat oleh Rewcastle-Brown.

“Apabila telah lengkap dengan keterangan terhadapnya kita akan merayu semula kepada Interpol untuk letak dia dalam senarai ‘Red Alert’,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Biro Maritim Antarabangsa di sini Isnin.

Pada 4 Ogos lalu, polis telah memperoleh waran tangkap dari Mahkamah Kuala Lumpur terhadap wanita Britain itu bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan, iaitu aktiviti-aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen dan 124I Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan laporan palsu.

Notis Merah ialah satu notis diedarkan kepada semua keanggotaannya bagi usaha mencari dan menangkap individu yang dikehendaki oleh suatu bidang kuasa kehakiman atau tribunal antarabangsa, dengan tujuan untuk mengekstradisi.

Dalam perkembangan lain, Khalid berkata keterangan daripada warga Switzerland, Xavier Andre Justo akan menjadi asas bagi membolehkan polis menjalankan siasatan ke atas beberapa individu terlibat dalam komplot menjatuhkan kerajaan.

“Setakat ini kita masih menunggu respons daripada pihak berkuasa Thailand… seperti saya sebut permohonan ini melalui mutual legal assistant (MLA), ada prosedur operasi standard yang perlu melalui Kementerian Luar Thailand, jadi kita tunggu.

“Kita perlu memperkemas siasatan yang penting untuk kita rakam kenyataan Justo dahulu,” katanya.

Sebelum ini polis telah membuka kertas siasatan mengikut Kanun Keseksaan bagi menyiasat usaha menjatuhkan kerajaan Malaysia berikutan pendedahan bekas eksekutif Petro Saudi International Ltd (PetroSaudi), Justo. – BERNAMA

Tags: Clare Rewcastle-BrownInterpol
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

TM Rugi RM233,800 Akibat Kecurian Kabel Di Melaka

Next Post

Several Types Of Marketing

Related Posts

Tanam Bayi Di Parkir Berlantai Simen: Polis Akan Minta Bantuan INTERPOL

Tanam Bayi Di Parkir Berlantai Simen: Polis Akan Minta Bantuan INTERPOL

09/09/2024
0

IPOH : Polis Perak akan menggunakan saluran diplomatik termasuk Polis Antarabangsa (INTERPOL) bagi menjejaki dan menahan suspek warga Indonesia berhubung...

Kes Zayn Rayyan: Polis Minta Bantuan INTERPOL

Kes Zayn Rayyan: Polis Minta Bantuan INTERPOL

23/12/2023
0

GOMBAK : Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta bantuan Polis Antarabangsa (INTERPOL) bagi membantu siasatan kes bunuh kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan...

Next Post

Several Types Of Marketing

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd