KAHERAH – Pasukan keselamatan Mesir membunuh sembilan militan yang mengambil bahagian dalam serangan bom ke atas konsulat Itali di sini pada Julai lalu, menurut Kementerian Dalam Negeri Mesir.
Kumpulan IS mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu yang meragut satu nyawa itu.
Menurut Kementerian Dalam Negeri, tiga anggota polis tercedera ketika berbalas tembakan dengan “pengganas” dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kaherah.
Mereka ditemui bersama pelbagai senjata termasuk tali pinggang yang digunakan pengebom nekad. Beberapa jam sebelum Kementerian Dalam Negeri mengeluarkan kenyataan itu, Reuters difahamkan pasukan keselamatan membunuh sembilan anggota kumpulan Ikhwan dalam operasi sama.
“Anggota Ikhwan itu bertempur dengan pasukan keselamatan,” kata seorang pegawai sambil menambah mereka sedang merancang “serangan pengganas”. – Reuters
https://youtu.be/Jszqx0fbGAc