• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PKR Gembira UMNO Sedang Bergolak!

oleh Ahmad Albab
11/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) gembira ada tokoh dan ahli UMNO menyerang pucuk pimpinan parti itu kerana memberi kelebihan kepada pembangkang termasuk DAP mengambil alih tampuk pemerintahan negara.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, semakin ramai tokoh dan aktivis UMNO sedang menghentam pimpinan parti mereka sendiri sekali gus memberi peluang cerah kepada pembangkang merampas kerajaaan dalam pilihan raya umum (PRU).

“Setiap hari kita mendengar suara tokoh dan aktivis UMNO sendiri yang hilang keyakinan mereka terhadap kepimpinan tertinggi mereka. Gejala ini pasti akan mendorong mereka mencari wahana yang boleh dipercayai untuk meneruskan perjuangan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Wan Azizah dalam pada itu memaklumkan penyertaan bekas pemimpin UMNO yang keluar daripada PAS bagi menyertai PKR, Tan Sri Muhd. Muhamad Taib (Mat Taib).

Menurutnya, Mat Taib akan memainkan peranan untuk mengajak masyarakat kampung dan Felda menyokong PKR yang merupakan rakan DAP.

“Ini adalah sebahagian daripada usaha PKR untuk meraih sokongan luar bandar selepas lebih sedekad PKR menjadikan bandar sebagai teras sokongan,” katanya.

Beliau turut memaklumkan Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar yang menyertai PKR akan menjadi Pengarah Politik dan Dasar parti itu.

Katanya, Kamaruddin akan memainkan peranan mengajak badan bukan kerajaan (NGO) Islam menyokong PKR. – MYNEWSHUB.CC

Tags: PKRUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penurunan Had BUDI95 Sementara, Langkah Awal Lindungi Rakyat –  Adam Adli

Penurunan Had BUDI95 Sementara, Langkah Awal Lindungi Rakyat – Adam Adli

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Keputusan kerajaan menurunkan had penggunaan BUDI95 daripada 300 liter kepada 200 liter disifatkan sebagai langkah sementara yang...

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN –  Puad Zarkashi

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN – Puad Zarkashi

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti MIC tidak berada dalam kedudukan selamat jika mengambil keputusan untuk menyertai Perikatan Nasional (PN) Ahli Majlis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd