Saturday, July 27, 2024

Creating liberating content

Polis Sahkan Tulang Manusia...

KAMPAR - Polis mengesahkan beberapa serpihan tulang yang ditemui di sekitar Gua Kandu...

Polis Jalani Lima Fasa...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalani lima fasa persediaan bagi...

Tradisional VS Hipster: Mana...

SETIAP kali menjelangnya musim perayaan, golongan wanita sudah tentulah akan memenuhi ruang di...

Maradona Punca Tottenham Belasah...

DIEGO Maradona dilapor antara penyebab Liverpool 'dirembat' oleh Tottenham Hostspurs 4-1 baru-baru ini. Dalam...

‘Baju Merah’ Kumpul Di Lokasi Tertentu Sebelum Ke Merbok

KUALA LUMPUR – Ribuan peserta “Himpunan Rakyat Bersatu” berkumpul di beberapa lokasi pertemuan ditetapkan di sekitar ibu kota seawal 10 pagi menjelang perhimpunan di Padang Merbok di sini hari ini.

Peserta yang datang dari beberapa negeri serta penduduk bandar raya ini dilihat memegang sepanduk dan poster yang menggambarkan sentimen mereka sebelum perarakan ke padang yang terletak di tengah-tengah ibu kota dijadualkan pada kira-kira 2 petang.

IMG-20150916-WA0012

Peserta yang kebanyakannya memakai kemeja T berwarna merah berkumpul di lokasi ditetapkan bagi perhimpunan itu seperti Masjid Wilayah Persekutuan, Masjid Negara, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan Kompleks Kraf di Jalan Conlay.

Diterajui oleh Persekutuan Silat Kebangsaan (Pesaka), “Himpunan Rakyat Bersatu”, yang penganjurnya mendakwa mendapat sokongan kira-kira 250 pertubuhan bukan kerajaan, dikatakan sebagai reaksi terhadap perhimpunan Bersih 4 yang diadakan di ibu kota pada 29 dan 20 Ogos.

Anggota polis telah ditempatkan di beberapa lokasi strategik di bandar raya ini untuk memastikan keamanan dan ketenteraman terjamin.

DSC_3228


Kebanyakan daripada sepanduk dan poster itu dilihat memaparkan slogan yang menyatakan sokongan terhadap kerajaan Malaysia yang dipilih secara demokrasi, menolak perhimpunan Bersih 4 dan menolak politik ekstremis.

Ia juga menyuarakan kritikan terhadap perbuatan menyebarkan pembohongan dalam media sosial di samping mengikrarkan sokongan terhadap perlunya mengekalkan keamanan dan perpaduan di negara ini.

Perhimpunan itu dijadual berakhir pada 7 malam ini. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=ebl5O86wNJg

https://www.youtube.com/watch?v=4SMj_eAj3n8

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori