• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perpaduan Nasional Hanya Bermakna Tanpa Ada Rakyat Terpinggir

oleh Ahmad Albab
16/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata perpaduan nasional di negara ini hanya akan benar-benar bermakna jika tiada rakyat yang terpinggir.

Oleh itu, beliau berkata, kerajaan perlu menggunakan pendekatan keterangkuman dalam pembangunan dan pertumbuhan ekonomi dan memastikan hasil kejayaan dikongsi secara meluas.

“Seperti ditetapkan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (2016-2020), kerajaan persekutuan komited dalam memastikan setiap orang, tanpa mengira jantina, etnik, status sosio-ekonomi dan lokasi geografi, boleh hidup dalam masyarakat yang benar-benar harmoni dan progresif yang menjadi tanda aras sebuah negara inklusif dengan ekonomi maju.

“Sebab itu kenapa kerajaan memberi tumpuan dan akan terus memberi penekanan, terhadap betapa pentingnya pembangunan di Sabah. Sejak pewujudan Koridor Pembangunan Sabah pada 2008, RM127 bilion dalam bentuk pelaburan komited telah dijana; dan saya pasti ini hanya permulaan bagi Sabah untuk terus maju dan memainkan peranan penting dalam transformasi ekonomi Malaysia,” katanya.

Najib berkata demikian dalam ucaptama pada Seminar Integrasi Nasional anjuran bersama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional dan Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) di sini. – BERNAMA

 

Tags: Najib Tun Razakrakyat Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Malaysia Pulang Dari Thailand Antara 400 Mangsa Terkandas Di Wang Kelian

Rakyat Malaysia Pulang Dari Thailand Antara 400 Mangsa Terkandas Di Wang Kelian

23/11/2025
0

Kangar: Hampir 400 mangsa terkandas di Wang Kelian dekat Padang Besar, selepas berlaku runtuhan tanah di Jalan Wang Kelian, kira-kira...

Rakyat Malaysia Ke Eropah Melalui India Tertakluk Kepada Saringan Tambahan

Rakyat Malaysia Ke Eropah Melalui India Tertakluk Kepada Saringan Tambahan

16/09/2025
0

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia yang melancong ke Eropah melalui India akan dikenakan saringan tambahan oleh pihak berkuasa sempadan Eropah sebelum...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd