• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penyusutan Mata Wang Bukan Unik Kepada Malaysia, Kata Zeti

oleh Ahmad Albab
17/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata penyusutan semasa mata wang Malaysia bukan sesuatu yang unik memandangkan lebih daripada 120 mata wang dunia susut berbanding dolar US.

Bercakap dalam temu bual eksklusif dengan New Straits Times yang diterbitkan hari ini, Zeti berkata fenomena itu lebih menjejaskan pengeluar minyak dan komoditi berikutan mata wang mereka susut lebih rendah berbanding dolar US daripada kumpulan lain.

Bagi kes Malaysia, Zeti berkata beberapa isu dalaman turut menjejaskan sentimen selain keyakinan, dan perlu diselesaikan.

“Ini akan dapat menyumbang kepada pemulihan mata wang negara,” katanya.

Ringgit susut melepasi RM4 berbanding dolar US, menjejaskan isi rumah akibat kenaikan harga makanan dan lain-lain.

Zeti menegaskan bahawa; “untuk mengatakan ia bukan tempoh yang mencabar merupakan satu penafian, dan sebahagian besarnya adalah di luar kawalan kita.

Hakikat bahawa dolar US mengukuh berbanding 120 mata wang lain menjelaskannya.”

Beliau berkata rakyat Malaysia wajar berusaha mengurus diri semasa tempoh yang mencabar ini.

“Rekod baik kita menunjukkan bahawa setiap kali kita berhadapan masalah, setiap kali kita kembali bangkit. Sudah lebih daripada sekali. Kita bangkit dan bangkit dengan cepat,” katanya.

Zeti berkata mereka yang menabung boleh memanfaatkan tempoh yang mencabar ini, namun mereka juga wajar mengurus diri dengan berhati-hati.

“Mereka mesti menyesuaikan kehidupan dengan kemampuan dan mengkaji semua opsyen yang ada. Perniagaan juga perlu melakukan yang sama,” katanya.

Andai berhadapan dengan masalah kewangan, Zeti berkata perkhidmatan nasihat boleh membantu mereka menstrukturkan semula hutang.

“Mereka perlu menyedari adanya program untuk membantu mereka. Ada program untuk mereka di tempat kerja untuk dilatih semula, dan bantuan disediakan untuk mereka yang mempunyai anak yang belajar di luar negara, mereka perlu mengkaji kesemua opsyen yang ada,” katanya.

Sehingga 11.50 pagi, ringgit didagangkan pada 4.2540/2630 berbanding dolar US.- BERNAMA

Tags: Zeti Akhtar Aziz
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Boeing Mulakan Pemasangan Akhir 737 Max Pertama

Next Post

Jue Aziz Sangkal Berhijab Sebab Nak Jual Tudung

Related Posts

Mahkamah: Zeti Hadir Saksi Dalam Perbicaraan 1MDB

Mahkamah: Zeti Hadir Saksi Dalam Perbicaraan 1MDB

26/07/2023
0

KUALA LUMPUR – Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Zeti Akhtar Aziz hadir dan dijangka dan memberi kenyataan...

Isu Zeti : Banyak Soalan Tidak Dijawab

02/12/2021
0

SPRM sudah buat pendedahan. Najib juga sudah buat laporan polis. Rakyat tunggu tindakan seterusnya kerana timbul terlalu banyak persoalan. Siapa...

Next Post

Jue Aziz Sangkal Berhijab Sebab Nak Jual Tudung

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd