• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, April 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Boeing Mulakan Pemasangan Akhir 737 Max Pertama

oleh Ahmad Albab
17/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pekerja Boeing di Renton, Washington, kini memulakan pemasangan akhir 737 MAX 8 pertama, pesawat barisan pertama keluarga baharu Boeing satu lorong yang lebih cekap.

“Kami terus memenuhi jadual perancangan kami untuk program 737 MAX, kesemuanya hasil ketekunan pekerja dan pembekal kami.

“Kita masih ada banyak kerja menunggu, namun kami gembira terhadap kemajuan setakat ini,” kata Keith Leverkuhn, Naib Presiden/Pengurus Besar, program 737 MAX, Boeing Commercial Airplanes.

Selepas badan pesawat pertama tiba pada 21 Ogos dari Spirit Aerosystems di Wichita, Kansas, mekanik mula memasang sistem penerbangan dan kain penebat.

“Ini merupakan suatu penghormatan. Hanya ada satu anak kapal yang menjadi orang pertama yang membina kapal terbang ini. Saya benar-benar teruja,” kata ketua pasukan elektrik 737 MAX, Sean Kristian menerusi kenyataan itu.

Anak-anak kapal kemudiannya memindahkan fiuslaj kepada kedudukan untuk memasang sayap ke badan di barisan pengeluaran baharu, tempat MAX pertama dibina. Mekanik kemudiannya akan memasang sayap kepada badan pesawat tersebut.

Ia turut menampilkan sayap baharu teknologi canggih Boeing. Dibangunkan khusus untuk 737 MAX yang memberikan pelanggan peningkatan kecekapan tambahan bahan api sehingga 1.8 peratus berbanding sayap sedia ada.

“Ini merupakan antara ciri-ciri baharu yang membezakan 737 MAX dan menjadikannya sebagai pesawat dengan kecekapan bahan api yang menakjubkan,” kata Leverkuhn.

Boeing akan membina 737 MAX pertama secara eksklusif di barisan pengeluaran baharunya di kilang Rento. Setelah mekanik mengesahkan proses pengeluaran, pasukan berkenaan akan meneruskan pengeluaran MAX di dua lagi barisan pemasangan akhir di Renton.

“Pembukaan barisan pengeluaran baharu di Renton meningkatkan fleksibiliti dan kapasiti, yang membolehkan pasukan kami memenuhi keperluan pelanggan untuk pesawat satu lorong yang paling dipercayai di dunia, ke masa hadapan,” kata Scott Campbell, Naib Presiden dan Pengurus Besar, Program 737 dan pemimpin tapak Renton, Boeing Commercial Airplanes.

Pasukan 737 MAX berada pada kedudukan yang tepat untuk menyiapkan 737 MAX pertama pada akhir tahun dan terbang pada awal 2016.

Pelanggan pelancaran, Southwest Airlines, dijadual menerima 737 MAX pertama pada suku ketiga 2017.

Secara keseluruhannya, keluarga 737 MAX menerima 2,869 tempahan daripada 58 pelanggan di seluruh dunia. – BERNAMA

Tags: Boeing
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Boeing Akan Gantung Pengeluaran Pesawat 737 Max

17/12/2019
0

WASHINGTON - Syarikat penerbangan Amerika Syarikat, Boeing, pada Isnin berkata ia akan menggantung pengeluaran pesawat jenis 737 Max pada Januari, lapor agensi...

‘Seseorang’ Kawal Pesawat MH370 Hingga Akhir Penerbangan

12/07/2019
0

SIASATAN awal para penyiasat Perancis yang diberi akses kepada sejumlah data penerbangan Boeing yang dihantar Malaysia Airlines sebelum nahas termasuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd