• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penyelia Kilang Dituduh Bunuh Nenek & Bekas Teman Wanita

oleh Ahmad Albab
09/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLUANG – Seorang penyelia kilang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan membunuh neneknya pada 2013 dan bekas teman wanitanya pada bulan lepas.

Siva Vatumalay, 33, hanya mengangguk faham selepas dua pertuduhan itu dibacakan juru bahasa di hadapan Majistret Nuruhuda Yusof.

Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Siva didakwa membunuh neneknya Danata Letchumy a/p Govindasamy, 85, di No 25, Jalan Kinabalu, Taman Koperasi di sini antara 9.30 pagi dan 10.30 pagi, 11 Julai 2013.

Dia juga didakwa membunuh bekas teman wanitanya Chitra a/p Suppiah, 31, di sebuah rumah di Jalan 8/6, Taman Desa Kluang di sini antara pukul 12.30 tengah hari dan 3.45 petang pada 25 Ogos lepas.

Kedua-dua pertuduhan itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 21 Okt untuk sebutan semula kes bagi membolehkan mahkamah mendapatkan laporan forensik dan kimia.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norafiah Saini manakala tertuduh diwakili peguam Ramesh Vasan. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=cxhWnXE6qKk

Tags: kes bunuhmahkamah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Firdaus Wong Ucap Tahniah Kepada Barisan Guaman, Mahkamah Tolak Cabaran Terhadap Enakmen Agama Islam

Firdaus Wong Ucap Tahniah Kepada Barisan Guaman, Mahkamah Tolak Cabaran Terhadap Enakmen Agama Islam

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pendakwah dan aktivis sosial, Firdaus Wong Wai Hung mengucapkan tahniah kepada barisan peguam susulan keputusan Mahkamah Tinggi...

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd