• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penjawat Awam Perlu Kerja 1 Pasukan, Elak Budaya Puak

oleh Ahmad Albab
05/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah mengingatkan penjawat awam agar sentiasa menjaga nama baik organisasi masing-masing dan mengelak daripada membina budaya berpuak-puak.

Menurut baginda, selain mematuhi arahan ketua berpandukan prinsip integriti dan amanah, penjawat awam hendaklah berusaha mempertingkatkan prestasi kerja mereka demi menjaga imej organisasi.

“Sifat-sifat ini dapat membentuk daya jurang yang mapan, memupuk jiwa dan meningkatkan iltizam penjawat awam menjadi lebih berdaya saing,” titah Tuanku Syed Faizuddin pada majlis ‘Jasamu Dikenang’ sempena persaraan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Abdul Malik Hussin di Pavillion Denai Larian, di sini, malam tadi.

Abdul Malik berkhidmat sebagai CEO MAIPs selama empat tahun dan sebelum itu berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 27 tahun termasuk dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Tuanku Syed Faizuddin yang juga Yang Dipertua MAIPs berkenan menyaksikan upacara penyerahan watikah kepada Pengurus Baitulmal MAIPs, Mohd. Nazim Noor yang dilantik menjalankan tugas CEO MAIPS.

Turut berangkat pada majlis itu Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil. – BERNAMA

 

Tags: Penjawat AwamRaja Muda Perlis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengumumkan kaedaah pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) secara berperingkat bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan susulan konflik...

Mengapa Masih Belum Ada Arahan ‘Work From Home’? – Radzi Jidin

Mengapa Masih Belum Ada Arahan ‘Work From Home’? – Radzi Jidin

28/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan bekerja dari rumah (WFH) dalam kalangan penjawat awam menjadi tanda tanya apabila sehingga kini belum ada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd