• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peniaga Cedera Parah Dibelasah 3 Lelaki Di Jalan Raja Ekram

oleh Ahmad Albab
03/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Seorang peniaga cedera parah selepas dibelasah tiga lelaki dalam satu kejadian membabitkan kemalangan kereta di Jalan Raja Ekram, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata mangsa berusia 26 tahun itu mengalami kecederaan di muka serta badan dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Katanya, dalam kejadian pada pukul 2 petang semalam, ketika berada di tempat kejadian, mangsa yang memandu kereta jenis Honda dikatakan terlanggar belakang sebuah kereta jenis Proton Waja yang dinaiki tiga orang lelaki di hadapannya.

“Mangsa mendakwa melanggar belakang kereta berkenaan selepas kereta terbabit berhenti mengejut.

Apabila mangsa keluar dari keretanya untuk melihat kerosakan, pemandu kereta di hadapan bersama dua lagi rakannya yang turut keluar dari kenderaan telah menumbuk dan menendangnya sehingga pengsan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sum berkata mangsa dibawa ambulans dan menyedari dirinya berada di HRPB, selepas kejadian tersebut.

Polis sedang mengesan tiga lelaki terbabit bagi membantu siasatan dan meminta kerjasama orang ramai yang melihat kejadian supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di nombor 05-2451500 untuk membantu siasatan, katanya. – BERNAMA

Tags: kes pukulpeniaga
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Peniaga Bimbang Kos Meningkat, Pendapatan Tidak Naik – Shafie Apdal

Peniaga Bimbang Kos Meningkat, Pendapatan Tidak Naik – Shafie Apdal

06/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan kos sara hidup yang tidak seiring...

Suspek Pukul Guru Sekolah Memandu Direman 4 Hari

Suspek Pukul Guru Sekolah Memandu Direman 4 Hari

13/08/2025
0

Batu Pahat: Lelaki yang memukul guru sekolah memandu hingga berlumuran darah serta merosakkan kenderaan di perkarangan Balai Polis Parit Sulong,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd