• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengajaran Agama Perlu Bersumberkan Al-Quran & Sunah

oleh Ahmad Albab
04/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PAUH PUTRA (Arau) – Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menasihatkan para pendakwah dan agamawan berhati-hati menyampaikan ajaran supaya tidak terbawa ilmu yang diragui kebenarannya.

Menurut beliau dalam keadaan banyak hadis-hadis palsu yang kemungkinan mempengaruhi umat Islam, golongan pendakwah dan agamawan hendaklah mempastikan penyampaian ilmu bersumberkan al-Quran dan sunah.

“Agama terletak atas dasar dalil, bukan atas dasar taklid (menurut tanpa ilmu),” kata Mohd Asri ketika menyampaikan ceramah program Bicara Ad-din sempena Minggu Suai Kenal Siswa Siswi Baru Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Sidang Akademik 2015/2016, di kampus induk di sini malam tadi.

Program anjuran bersama Pusat Islam UniMAP dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Jabatan Mufti Perlis itu dihadiri lebih 1,000 orang.

Raja Muda Perlis merangkap Tuanku Canselor UniMAP Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Pro Canselor yang juga Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan hadir.

Mohd Asri berkata kerajaan Perlis komited memelihara pegangan agama Islam yang suci bebas daripada unsur-unsur syirik dan khurafat. – BERNAMA

Tags: Al-QuranMufti
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sokongan Terhadap Iran: Zaid Ibrahim Persoal Sikap Membisu Majoriti Mufti Ulama 

Sokongan Terhadap Iran: Zaid Ibrahim Persoal Sikap Membisu Majoriti Mufti Ulama 

24/03/2026
0

Oleh MYNEWSHUB KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Undang-Undang, Datuk Zaid Ibrahim tampil mempersoalkan sikap membisu golongan mufti dan ulama tempatan...

UMPSA Siasat Penyebaran Naratif 3R, Tindakan Tegas Menanti Pelajar Terlibat

UMPSA Siasat Penyebaran Naratif 3R, Tindakan Tegas Menanti Pelajar Terlibat

25/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUANTAN – Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) memandang serius penyebaran kandungan di media sosial yang membabitkan universiti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd