• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pendapat Cuma Spekulatif, 1MDB Bidas Nazir Razak

oleh Ahmad Albab
10/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – 1Malaysia Development Bhd (1MDB) membidas Datuk Seri Nazir Razak atas pendapat berbentuk spekulatif beliau terhadap kenyataan tertentu yang dibuat oleh bekas penasihat 1MDB Tan Sri Datuk Dr Abdul Samad Alias pada Isnin.

“Kami kesal kerana hari ini pihak ketiga seperti Nazir, yang tidak mempunyai pengetahuan langsung mengenai fakta sebenar, memberikan pendapat berbentuk spekulatif,” kata syarikat itu.

1MDB dalam satu kenyataan di sini, mengesahkan bahawa Presiden/Pengarah Eksekutif Kumpulan Arul Kanda menemui Abdul Samad pada Januari dan Mac bagi membincangkan hal ehwal syarikat berkenaan.

“Arul berkongsi maklumat mengenai kajian semula strategik dan pelan pembaharuan 1MDB dengan Abdul Samad.

“Ini termasuk pembentangan slaid yang menunjukkan tahap obligasi hutang dan faedah syarikat, serta perbincangan mengenai cadangan untuk menangani isu-isu utama yang dihadapi 1MDB,” katanya.

Sementara itu, 1MDB berkata syarikat berkenaan tidak menerima sebarang ‘permintaan berulang’ untuk memperoleh maklumat seperti yang didakwa oleh Abdul Samad.

Ia berkata penyata kewangan 1MDB yang telah diaudit merupakan dokumen yang boleh diakses oleh orang awam, dan syarikat sudah pasti dapat berkongsi dokumen ini dengan Abdul Samad jika permintaan dibuat atau dibuat beberapa kali seperti didakwa oleh Abdul Samad.

Abdul Samad juga mempunyai maklumat mengenai anggota lembaga pengarah 1MDB, termasuk nombor telefon mudah alih Arul, kata syarikat pelaburan strategik itu.

“Bagaimanapun, 1MDB akan menangani kebimbangan yang dibangkitkan oleh Abdul Samad.

“Lembaga Pengarah 1MDB hari ini menghantar surat kepada Abdul Samad untuk mengadakan pertemuan dengan beliau bagi berbincang dan menjelaskan sebarang kebimbangan yang dibangkitkan beliau,” katanya IMDB. – BERNAMA

Tags: 1MDBNazir Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

28/12/2025
0

Oleh Lim Sian See Asas paling penting dalam penghakiman yang mensabitkan Najib bersalah dalam kes 1MDB–Tanore ialah andaian bahawa Jho...

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

27/12/2025
0

Oleh Mynewshub Selama lebih dua dekad, isu Independent Power Producers (IPP) menjadi antara “bom jangka” terbesar dalam struktur ekonomi dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd