• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembunuhan Kevin Morais: 6 Didakwa Bunuh, 2 Subahat

oleh Ahmad Albab
30/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Enam lelaki didakwa di mahkamah atas pertuduhan membunuh Timbalan Pendakwa Raya Anthony Kevin Morais manakala dua lagi, termasuk doktor tentera, dituduh bersubahat melakukan kesalahan itu, Isnin.

Tujuh daripada mereka didakwa di Mahkamah Majistret di sini manakala seorang lagi di Mahkamah Majistret Petaling Jaya.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Di kandang tertuduh ialah G. Gunasekaran, 47, R. Dinishwaran, 23, A. Thinesh Kumar, 22, M. Vishwanath, 25, S. Nimalan, 22, dan S. Ravi Chandaran, 44, yang didakwa bersama-sama membunuh Kevin, 55, dalam perjalanan dari Jalan Dutamas Raya, Sentul, di sini ke No 1, Jalan USJ 1/6D Subang Jaya, Selangor.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara 7 pagi hingga 8 malam, 4 Sept lepas mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.

Pertuduhan itu membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Dr. Kolonel K. Kunaseegaran, 52, pula didakwa bersubahat dengan enam lelaki itu mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama seksyen 302 kanun sama, yang turut membawa hukuman mati mandatori.

Kesemua mereka didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur dan tiada sebarang pengakuan direkodkan setelah pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Barisan pendakwaan yang dianggotai Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Abdul Razak Musa, Manoj Kurup dan Ahmad Dusuki Mokhtar memberitahu mahkamah bahawa mereka memerlukan dua bulan untuk mendapatkan laporan bedah siasat dan laporan kimia.

Majistret Siti Radziah Kamardin kemudiannya menetapkan 30 Nov ini untuk sebutan kes.

Peguam M. Manoharan mewakili Dinishwaran manakala Datuk N. Sivananthan dan Datuk Geethan Ram Vincent mewakili Kunaseegaran. Tertuduh lain tidak diwakili. – BERNAMA

Tags: Anthony Kevin Moraiskes mahkamah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tragedi Mina: Kisah Jemaah Terkorban Sudah Sedia Kain Kafan

Next Post

Polis Cari 4 Lelaki Saksi Perbicaraan Kes Bunuh

Related Posts

JIPS Siasat Tindakan Juruiring Tahan Kenderaan Berat Secara Tiba-tiba

Penggangur Didakwa Tipu RM8,000 Konon Boleh Bantu Selesai Kes Mahkamah

26/02/2024
0

Butterworth: Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan memperdaya seorang lelaki menyerahkan RM8,000 bagi...

Kes Mahkamah: UMNO Tak Pernah Minta Campur Tangan PM

Kes Mahkamah: UMNO Tak Pernah Minta Campur Tangan PM

23/08/2022
0

IPOH - UMNO tidak pernah mendesak sebarang campur tangan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung kes mahkamah...

Next Post

Polis Cari 4 Lelaki Saksi Perbicaraan Kes Bunuh

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd