• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar Tingkatan 4 Lemas Semasa Selamatkan Rakan

oleh Ahmad Albab
19/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR GAJAH – Seorang pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan Dol Said lemas ketika cuba menyelamatkan rakannya di Sungai Kampung Petai di sini, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Alor Gajah Penolong Penguasa Kanan Bomba R. Bajiyen berkata kejadian kira-kira 10.30 pagi itu berlaku semasa Mohd Razif Ramli, 16, dan lima rakannya memancing di sungai itu.

Semasa memancing, seorang rakannya Mohd Syamil Akmal, 16, mandi di sungai berkenaan tetapi dia mula lemas.

“Mangsa (Mohd Razif) yang melihat rakannya hampir lemas, bertindak terjun ke sungai itu untuk menyelamatkan rakannya. Tetapi dia akhirnya lemas dan rakannya dapat diselamatkan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mayat Mohd Razif ditemui di dasar sungai itu kira-kira 2 petang tadi selepas kira-kira tiga jam operasi mencari dan menyelamat dilakukan Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan bantuan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.

Bajiyen berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 11.58 pagi dan mengarahkan sebuah jentera dari Balai Bomba Alor Gajah ke tempat kejadian.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat.

Sementara itu, ibu mangsa Hamidah Ismail, 52, berkata anak bongsunya daripada lima beradik menunjukkan perubahan sikap dengan menjadi pendiam sejak
seminggu lepas.

Beliau berkata Mohd Razif sepatutnya mengikut ayahnya ke kedai gunting rambut tetapi mahu keluar memancing.

“Biasanya dia akan ikut sahaja tetapi kali ini dia pilih untuk keluar memancing. Mungkin ajalnya sudah tiba dan kami reda dengan ketentuan ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: lemas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

IbuBapa Kanak-kanak Dipercayai Lemas Tunggu Di Lokasi Dengan Lauk Kegemarannya…

IbuBapa Kanak-kanak Dipercayai Lemas Tunggu Di Lokasi Dengan Lauk Kegemarannya…

30/04/2026
0

Sungguh Menyedihkan.....   Ibu-bapa tunggu di lokasi kejadian anak hilang..sambil membawa makanan kegemarannya dan berterusan memanggil nama anak mereka agar...

Hentikan Aktiviti Berisiko Tinggi Libatkan Bakal Guru

Hentikan Aktiviti Berisiko Tinggi Libatkan Bakal Guru

09/04/2026
0

TRAGEDI meragut nyawa dua guru pelatih Institut Pendidikan Guru (IPG) ketika menyertai aktiviti berkayak satu berita duka. Dua insan yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd