• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar Politeknik Maut Kereta Terjunam Dalam Gaung

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Seorang pelajar Politeknik maut selepas kereta yang dipandunya terjunam ke dalam gaung sedalam 3.04 meter selepas dipercayai terbabas di Batu 11, Jalan Matang dekat sini malam tadi.

Menurut pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sarawak, Nor Hisham Mohammad, mangsa dikenali Afred Nif Anak Bodui berusia 19 tahun.

Beliau berkata pihaknya menerima laporan pada 10.30 malam tadi dan tiba di tempat kemalangan pada 11.49 malam.

“Sebaik tiba di lokasi kemalangan, pasukan penyelamat mendapati sebuah kereta jenis Kenari terjunam ke dalam gaung sedalam 3.04 meter.

“Mangsa terhempap keretanya sendiri dan berjaya dikeluarkan, tetapi disahkan sudah meninggal dunia oleh pegawai perubatan di tempat kemalangan,” katanya.

Beliau berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Umum Sarawak oleh polis Padawan.

Operasi itu membabitkan sembilan anggota dari Balai Bomba Petra Jaya diketuai Pegawai Bomba, Asmadi Mohd Nawie dengan bantuan empat anggota dari Balai Bomba Batu Lintang bersama kenderaan EMRS, pasukan polis dan ambulans. – BERNAMA

Tags: kemalangan mautpelajar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Fadhlina Arah Audit Segera, Tiada Pihak Dilindungi Susulan Kematian Pelajar Di Sekolah

Fadhlina Arah Audit Segera, Tiada Pihak Dilindungi Susulan Kematian Pelajar Di Sekolah

26/09/2026
0

KUALA PILAH - Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek mengarahkan Jemaah Nazir menjalankan audit segera susulan kematian seorang murid Tingkatan...

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

02/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Sekadar menasihatkan pemandu supaya lebih berhati-hati di jalan raya tidak mencukupi untuk menangani isu kemalangan dan kehilangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd